Tips Mudah Untuk Sejukkan Rumah Ketika Musim Panas

Kalaulah hujan waktu tengah panas ni memang syok. Barulah rasa nikmatnya cuaca sejuk. Tapi nak hujan pun sekejap je, lepas tu jadi lebih bahang panasnya. Nikmati je la sauna percuma di rumah. Waktu siang memang panas sangat. Angin sepoi sepoi bahasa pun non hado! 

Untung kalau rumah ada air cond. Sejuk! Tapi tunggu je la masa bil sampai nanti. Bayar jangan tak bayar. Bertabahlah dengan cuaca panas ni. Air cond pun terlajak laris di pasaran sekarang sebab ramai dok beli air cond sebab tak tahan panas. Bukan siang je panas, malam pun sama. Kekadang tu sampai tak boleh tidur. Nak buka tingkap, mendatangkan bahaya pula tengah malam buka tingkap. Sudahnya kipas syiling dan kipas berdiri bergabung kerja kuat kaki kipas kami. Fuhh..itupun masih panas.

Ini baru ujian sikit dan tak tahan. Ish ish..banyakkan bersabar. Biar cuaca panas jangan hati panas. Nak sejukkan rumah ketika panas ada caranya. Ni Fiza kongsikan kat blog hasil perkongsian daripada Fanpage Cempedak Cheese

Cara pertama ni mudah dan boleh cuba nanti

Cara kedua ni macam tak sesuai untuk Fiza sebab Fiza tak suka berkelambu rasa rimas pulak dan macam makin panas. Kalau ada baby tu, haruslah kena pakai kelambu nanti kena gigit nyamuk

 Kalau malam biasanya Fiza akan tutup lampu dan gunakan satu lampu je. Memang sejuk sikit.

First time tengok pokok ekor kucing ni sebenarnya. Mana nak cari ntah? Takpe, Fiza tanam pokok bunga sirih gading pun sejuk jugak kot kan?

Buat masa ni cat dalam rumah terang sikit warna kuning terang tapi masih panas juga rasanya. Kena warna putih jugak kot baru sejuk.

Kalau ada air cond kat rumah tu jauhkan kedudukan TV & komputer dari air cond. Kalau tak, bila semua dekat² bergabung jadi panas.


Korang ada tips lain cara sejukkan rumah ketika musim panas? Kongsikan di ruang kotak komen. Moga moga usaha kita berhasil.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. akak pun ada bercadang nak beli ekon..tp tu la macam membazir sebab baru je beli air cooler..akak nak buat la cara pertama tu..letak air dalam besen

    ReplyDelete
  2. ufftt...memang panas lately ni..nak tido pun payah...baguslah ada tips ni

    ReplyDelete
  3. wah, bagus tipsnya ni.. tq for the info yer ;)

    ReplyDelete
  4. Cukup bulan panas hati pulak tengok bil mencanak sebab air cond siang malam terpasang..heheh..

    ReplyDelete
  5. tq for sharing
    anum dah cuba cara pertama memang menjadi

    ReplyDelete
  6. air dlm baldi tu MG penah try tapi macam tkde effect je ..hehe

    ReplyDelete
  7. nice tips!. yang besen tu boleh la cuba buat :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih tip, sis... Saya letakkan besen atas baldi berisi air dalam bilik sahaja sepanjang waktu ni :-)

    ReplyDelete
  9. kelambu tu buat aida rimas.
    mcm terkepung aje kat dlm tu.
    pernah ada kelambu besar, pakcik hadiahkan utk anak2 aida.
    hmmmmm angin x masuk la! masa tu umah x pasang air-cond lagi.

    ReplyDelete
  10. bekas berisi air tu ada juga buat kat rumah..

    ReplyDelete
  11. wah menarik juga tu..musim pns ni pkaian pun msti tukar, pki yg nipis2 & short. pki bju itam & gelap mmg wat rse bertmbh pns. (b)

    ReplyDelete
  12. Tip menarik. Menjadi ke menggunakan pokok ekor kucing/pokok palma?

    http://www.azua-diy.com/2016/05/30/haba-di-ruang-kediaman/

    ReplyDelete
  13. Ha menarik entri ni. Yang pertama tu nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  14. Bekesan tak letak bekas isi air dalam bilik ? Nak try la

    ReplyDelete
  15. Bagus tips ni. Kena cari pokok ekor kucing letak dalam rumah

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.