Tips Keselamatan Meninggalkan Rumah di Musim Perayaan

Ada yang dah balik kampung ke? Yang dapat cuti awal, awallah balik kampung kan. Tak kisahlah balik kampung awal atau lambat yang penting kita kena pastikan Keselamatan Meninggalkan Rumah di Musim Perayaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku selepas kita balik dari kampung nanti. 

Tips Keselamatan Meninggalkan Rumah di Musim Perayaan
sumber gambar dari google

  1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil.
  2. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. 
  3. Jika ada autotimer lampu. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi setiap hari. 
  4. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik jika ada. 
  5. Jangan biarkan binatang peliharaan kebuluran semasa bercuti. 
  6. Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah. 
  7. Pastikan tiada barang² kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.
  8. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong. 
  9. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan di rumah. 
  10. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti berikut: Nama dan alamat Nombor telefon yang mudah dihubungi Tarikh berlepas dan balik Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti 
  11. Untuk lebih selamat, dinasihatkan mengambil polisi Insuran untuk melindungi rumah dan barang berharga.
  12. Paling penting jangan lupa baca doa.
Ayat pelindung dari kecurian













Jangan bagi peluang penjenayah mudah melakukan jenayah. Penting sangat kita ambil langkah berjaga² demi keselamatan rumah ketika musim perayaan ni. Mudah² han tiada kejadian buruk berlaku..Aamiinn...
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. moga perjalanan selamat..rumah yang dtinggalkan pun terpelihara..

    ReplyDelete
  2. tips berguna ni kak. tq share kak ^^

    ReplyDelete
  3. bagus tips nih.. pastinya ramai yang akan pulang ke kampung..

    ReplyDelete
  4. akak selalu pesan kat jiran² yg xbalik raya utk tgkkan rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiran2 mmg byk membantu,sbb tu kena berbaik dgn jiran

      Delete
  5. bukan je time raya, time tak raya pun elok sgt diamalkann ~ jenayah ni, bila2 dy nak, dy akan buat..........
    hmm, smg selamat selalu, dan dilindungi yg maha Esa , amin !

    Jiran2 byk gak balik kampungg, and lau dh bercuti tuu, payah nk nengok2 nyaaaa, hhuhuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.