Gadgets

Telefilem Tollgate Asmara (TV9)

Telefilem Tollgate Asrama ulang siaran pada Jumaat, 2 Februari 2024, jam 8:30 malam di TV9 dan online di platform Tonton.

Tollgate Asmara

Telemovie lakonan Izara Aishah dan Keith Foo ini pernah ditayangkan pada tahun 2014 di slot Cerekarama TV3 yang diarahkan oleh Osman Ali terbitan Nuansa Sdn. Bhd.

TELEFILEM TOLLGATE ASMARA

Waktu siaran : Jumaat, 2 Februari 2024, jam 8:30 malam
Siaran TV : TV9
Strim online : Tonton
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Nuansa Sdn. Bhd.

PELAKON/CAST DAN WATAK

Dibintangi oleh pelakon Keith Foo, Izara Aishah, Nadzmi Adhwa, Suhaila Sulaiman, Ainul Aishah, Azad Jazmin, Rashidah Jaafar, dan ramai lagi.
  • Izara Aishah sebagai Latifah (Tipah)
  • Keith Foo sebagai Dani

SINOPSIS

Kisah bermula sejak pertemuan Dani dan Tipah di Sebuah Hentian Tol. Ketika itu Dani melalui sebuah jalan dan perlu bayar tol berjumlah RM1.10.

Pada ketika itu Dani lupa membawa wallet dan tiada satu sen duit. Kebetulan pada masa itu Tipah sedang bertugas dan Dani meminta bantuan Tipah untuk membayar duit tol dan berjanji akan membayarnya semula.

Selepas beberapa hari kemudian, Dani kembali ke Hentian Tol tersebut dan mencari Tipah untuk memulangkan duit yang dipinjamnya, tetapi Tipah tidak mahu untuk bertemu dengan Dani.

Selepas beberapa hari berlalu, barulah Tipah terbuka hati untuk bertemu dengan Dani dan mereka mula berkawan. Mereka mula rapat dan Dani mahu mengajak Tipah berkahwin.

Adakah mereka akan bersatu? Ikuti kisah Tipah dan Dani di TV9 pada hari Jumaat, 2 Februari 2024 jam 8:30 malam.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.