Gadgets

Telefilem Kalau Aku Kaya (TV3)

Telefilem Kalau Aku Kaya (2016) bakal disiarkan kembali pada hari Ahad, 4 Februari 2024 jam 9:00 malam di Slot Cereka Ahad TV3 dan online di platform Tonton.

Telefilem Kalau Aku Kaya

Kalau Aku Kaya merupakan karya Heykal Hanifah terbitan Luqsar Kreatif Sdn. Bhd. yang diinspirasikan daripada lagu Kalau Aku Kaya nyanyian penyanyi Awi Rafael. Awi Rafael turut berlakon dalam telefilem ini sebagai penampilan istimewa.

Skrip telemovie ini disediakan oleh MF Kencana yang dibintangi oleh Syafiq Kyle, Niena Baharun, Ahmad Iswazir Ismail dan ramai lagi.

TELEFILEM KALAU AKU KAYA

Waktu siaran : Ahad, 4 Februari 2024 jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cereka Ahad TV3
Penulis skrip : MF Kencana
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

PELAKON/CAST DAN WATAK

Dibintangi oleh pelakon Syafiq Kyle, Niena Baharun, Ahmad Iswazir Ismail @Jay Iswazir, Usop Wilca, Kamal Sumbu, Nina Iskandar, Awi Rafael, Syed Mohamad Asri dan ramai lagi.
  • Syafiq Kyle sebagai Din
  • Usop Wilca sebagai Leman
  • Niena Baharun sebagai Hanis
  • Jay Iswazir Ismail sebagai Cha
  • Kamal Sumbu sebagai Adi
  • Niena Iskandar sebagai Lia

SINOPSIS KALAU AKU KAYA

Mengisahkan tentang Din, seorang yang pemalas bekerja dan tinggal menumpang dirumah pakciknya, Leman Kering. Dia hanya berangan mahu jadi kaya, tetapi malas berusaha. Leman Kering menangung segala makan dan minum Din yang hanya tahu menghabiskan makanan di rumah. 

Disebabkan hilang kesabaran, dia telah menghalau Din dari rumahnya. Din menjadi orang gelandangan. Ketika bersama-sama dengan gelandangan yang lain, dia masih lagi tidak mengubah tabiatnya buruknya yang suka berangan menjadi kaya. 

Lagu 'Kalau Aku Kaya' sering dinyanyikan saban malam kerana dia yakin suatu hari nanti dia akan kaya seolah-olah mengharapkan sejumlah wang gugur dari langit. Hinggalah suatu hari, ketika dia sedang mencari barangan untuk dikitar semula, dia ternampak satu bungkusan hitam yang agak besar. Apabila dia mendekati, dia terkejut kerana dalam bungkusan itu, terdapat sejumlah wang yang banyak.

Apa yang berlaku seterusnya? Ikuti kisahnya dalam Telefilem Kalau Aku Kaya di TV3 pada 4 Februari 2024, jam 9:00 malam.

10 comments:

  1. Tengah berangan jugak ni kalau dapat sejumlah wang dalam bungkusan besar ni ..apalah yang CCL akan buat kn .

    ReplyDelete
  2. jumpe duit? wah bestnya.. akan aku bayar bil bil jiran tetangga.. hari hari pasti hari raya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.begitulah cerita dia kan. Boleh belanja jiran jiran bayar bil.

      Delete
  3. Ohh ada Usop Wilca mesti kelakar jugak.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.