Gadgets

Hadiah iPhone 15 Pro Max

Sebenarnya dapat hadiah iPhone 15 Pro Max tahun lepas lagi, hadiah dari encik suami. Tapi kira boleh claim jugalah sebagai hadiah birthday untuk tahun ni kan. Serba salah juga nak update. Nanti kang ada yang kata kita terpaling boikot. 

Kalau tak mampu boikot semua, jangan tinggal semua. Begitulah. 

Dapatlah upgrade sikit gambar untuk kerja-kerja photography walaupun macam dah lama sendu. Kemanakah mood memotret pergi. Jauh betul dia pergi sampai tak balik-balik. Studio pun dah lama tutup belum berkemas lagi.

iPhone 15 Pro Max

Ingatkan ada semangat baru bila dapat phone baru. Tapi tidak ye, walaupun sudah beberapa bulan guna phone ni. Tetap juga malas nak memotret gambar. Lebih suka ambil gambar outdoor yang tidak memerlukan sokongan cahaya lain. Lighting sentiasa on point bila bergambar di luar. Hasil gambar pun cantik.

iPhone 15 Pro Max saya memilih warna blue titanium lebih menarik dan lebih kurang warna iPhone 12 Pro Max pacific blue saya yang lama tu. Beli baru pun sebab iPhone 6s yang encik suami guna dah semakin uzur. Padahal baru tukar bateri baru tu. Lagipun dah macam outdated dah, nak update iOS baru pun tak mampu dah tu.

Jadi, saya dapat iPhone 15 Pro Max dan dia pakai iPhone 12 Pro Max saya. Sama-sama warna biru gitu. Mulanya nak beli di Thunder Apple Authorised Reseller di AEON Seremban 2 tapi tak ada stock Blue Titanium ni.

Terus pergi Switch Apple Premiur Seller betul-betul berhadapan dengan TMT Thunder tu tanya kot ada stock. Mujur juga ada, tak perlu lah mencari jauh. 

Oleh kerana saiz dia lebih kurang sama dengan phone lama, jadi tak kekok sangatlah. Kadang boleh tertukar ambil dengan phone lama. Cuma features dan saiz camera je lah yang berbeza sikit. Gambar dan video pun lebih berkualiti. Nak review lebih tak berapa pandai. Simpan sini buat kenangan je lah.

16 comments:

  1. Alhamdulillah...bestnya...bila la akak nak dapat Iphone ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Semoga ada rezeki akak pulak nanti. Aamiin...

      Delete
  2. Baiknya suami beli telefon baru dan guna telefon lama Fiza.
    Tertanya- tanya tiada warna merah jambu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..dia tak berapa nak guna sangat untuk photography. Untuk 15 Pro Max tak ada warna pink. Model lain ada lah.

      Delete
  3. tahniah...dapat hadiah ipong. Sama la kita..ada hp baru pun blog sendu gitu juga..hahaha

    ReplyDelete
  4. kalau dah pakai iPhone memang susah nak tukar android

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. tahniah ye. Nanti rajin-rajinkanlah diri tu memotretkan apa yang patut 😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih.
      Nampaknya kena rajinkan diri nanti. hihi...

      Delete
  6. Ammi kan walaupun guna brand ini juga tapi sejenis tak reti nak ambil gambar lawa. Gambar semua macam guna henfon cokia je hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..takpe Ammi, benda boleh belajar. Boleh tiruvasi idea di pinterest jugak.

      Delete
  7. Wah.. akak selalu tengok di ig, orang ambil gambar guna iphone ni, lawa-lawa gambarnya. Alhamdulillah, rezeki Fizah. Lain kali ada rejeki lebih, boleh tambah apple watch pula kot, baru semangat jogging hari-hari. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...suka tengok gambar cantik cantik. Itu yang belajar juga.
      Apple watch bakal menyusul. InshaAllah...

      Delete
  8. Alhamdullilah.. OM pun tunggu masa nak upgrade cuma skrg tengah menabung utk Osmo Pocket 3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita menabung. Best juga tu kalau dapat Osmo Pocket 3. Teringin jugak. Semoga ada rezeki kita. Aamiin...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.