Gadgets

Dapat Juga Air Mineral Bubbles O² Viral Di TikTok. Apa Kelebihannya?

Susah betul ye nak membeli air Bubbles O² yang tengah viral di TikTok. Air mineral kosong je pun. Tapi itulah sebab dia bukan air mineral kosong semata-mata tapi Bubbles O² air sejenis air mineral semulajadi beroksigen.

Sebelum ni yang E, air mineral kayangan tu viral tapi sebab sekarang dia tergolong dalam produk boikot, maka boleh beralih arah ke Bubbles O². 

Setelah sekian lama mencari air Bubbles O² barulah dapat rasa. Encik suami beli di kedai Mesra Petronas. Selama ni mencari di beberapa kedai Mesra Petronas tak ada pula. Mungkin cepat habis sebab terlajak laris kot.

Bila nampak air Bubbles O² di Kedai Mesra Petronas, terus encik suami beli satu buat rasa-rasa. Dah lama mencari, bila jumpa takkan tak beli pula kan.

Air Mineral Bubbles O²

Benarlah bagai dikata, air mineral Bubbles O² ni memang sedap. Macam minum air yang telah dimasak. Tak seperti air mineral yang lain. Biasanya akan beli air mineral spritzer atau air mineral yang dikeluarkan dari Johor. Rasa dia lebih boleh diterima tekak. 

Rumah saya tak ada penapis air sebabnya encik suami kata airnya tak ada zat. Lebih baik minum air yang dimasak. Dia sebagai reseacher tahulah bab-bab tu. Tapi kalau dikampung Johor, rasa air penapis coway okay je rasa dia. 

Mungkin sebab punca air pun memainkan peranan juga. Ke? Tapi pernahlah rasa air coway kat mana entah, rasa dia macam sukar untuk ditelan. Ada juga yang kata, air penapis cuckoo lagi sedap berbanding coway. 

Air mineral pun ada pelbagai jenis mengikut perbezaan warna penutup botol.

Jenis-jenis air mineral

Penutup hijau

Air mineral semulajadi yang diambil dari bawah tanah dan kaya dengan mineral. Dilabelkan sebagai air mineral. Biasanya jenama spritzer.

Penutup biru

Air mineral yang ditakrifkan sebagai air bawah tanah sama seperti air mineral penutup hijau tetapi telah menjalani proses penyulingan terlebih dahulu. Juga dilabelkan sebagai air mineral.

Penutup putih

Air putih dilabel sebagai air minuman kerana menggunakan air paip yang ditadah sebelum menjalani proses penyulingan dan keaslian air semulajadi ini sudah hilang.

Jadi dah fahamlah kan kenapa setiap air mineral itu berbeza. Daripada apa yang saya baca daripada pengalaman pengguna lain, Air mineral bubbles O² ni bagus untuk kesihatan. Kalau batuk ke demam ke cepat baik. Orang kata lah. 

Air mineral semulajadi beroksigen, Bubbles O²

Air mineral semulajadi Bubbles O2 yang kaya dengan oksigen terlarut terbit dari sumber akuifer 800 kaki di dalam batuan di Negeri Sembilan. Air ini secara semulajadi telah melalui batu-batu yang berusia ratusan tahun, mengandungi oksigen terlarut yang sangat tinggi dan menghasilkan air yang sangat jernih apabila dibotolkan.

Air Mineral Bubbles O²

Air Mineral Bubbles O² ni agak mahal sikit berbanding air mineral yang lain. Tak pasti pula encik suami beli RM berapa. Mungkin dalam range RM4-5 kot sebab beli di Petronas kan.

Selain Kedai Mesra Petronas, boleh didapati di Aeon big, PLUS Highway, Eraman KLIA dan Syarikat Syarikat Korporat yang sah. Tapi ada yang bagitahu boleh beli terus dari kilang dengan harga yang murah sikit. 

Ada siapa tahu tak macamana cara nak beli air Mineral Bubbles O² ni di Kilang. Ke terus pergi je boleh? Sebab rasa macam dekat juga kalau nak pergi. Boleh buat stok di rumah.

Apa kelebihan Air Mineral Bubbles O²

Air Mineral Bubbles O²
  • Menambah baik sistem imun badan
  • Mengembalikan tenaga
  • Membantu detoksifikasi
  • Rasa yang menyegarkan
sumber : Bubbles O² HQ

16 comments:

  1. Tak pernah lagi minum Bubbles O ni, OM biasa minum penutup putih je sebab itu yang boleh diterima pada tekak.

    ReplyDelete
  2. Banyak company buat biz air minuman sekarang. Saya boleh minum mana-mana air mineral atau minuman. Cuma tekak tak ngam dengan air yang rasa macam kelapa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga tu banyak pilihan. Air yang rasa macam kelapa tu air apa agaknya ye.

      Delete
  3. Saya memang selalu beli dari dulu, teruja pula bila tiba2 benda kita selalu beli viral hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye..hihi..kira dah dapat dulu sebelum viral gitu.

      Delete
  4. baru tahu rupanya air ni viral. jarang beli air mineral di luar sebab keluar selalu bawak bekal air dari rumah. nampak tak kedekut. boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tengok kat TikTok, katanya viral. Ramai mencari. Saya cari pun susah nak dapat. Bagus bawa bekal dari rumah. Ya, air ni memang penuh sebotol.

      Delete
  5. Akak rasa, macam pernah minum, pun beli di kedai mesra Petronas, sebab singgah masa travel. Ok. Kalau tak beli ni, beli air penutup biru atau hijau. Pun ok.

    ReplyDelete
  6. Belum try air ni. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terjumpa kat kedai nanti boleh cuba beli dan rasa kak.

      Delete
  7. O ya ka viral. Memang jadi pilihan Ty bila saja ke Petronas selalunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di TikTok katanya viral air ni. Nak cari pun payah. Petronas area sini manjang takde. huhu...

      Delete
  8. CCL pun ada beli hari tu lat petronas juga . Banyak juga kelebihan mineral bubbles ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, banyak kelebihan dia tapi tulah susah nak dapat kat sini. Petronas manjang habis.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.