Gadgets

Makan Malam Di Saudagar Kofi

Balik dari membeli barang dapur di Mydin Malam tadi ingatkan nak singgah makan di Rasta Kopi. Sekali tengok penuh tak ada meja kosong. Kecewa betul! Malas nak menunggu, carilah kedai lain. Masa tu jam hampir pukul 10 malam.

Kebanyakkan waktu macam tu banyak cafe nak tutup kedai dah. Kebetulan tengah cari cafe di sekitar Paroi di instagram, jumpalah Cafe Saudagar Kofi yang tutup jam 11:30 malam. Jomlah kita!

Masa kami sampai ada meja kosong, okaylah tu. Rezeki kami lah makan malam di Saudagar Kofi. Sewaktu kami nak buat pesanan, staff dia tanya nak minum kopi ke? Ye, jawab kami. Dia recommend signature kopi mereka, Kopi Nusantara. Lemak manis katanya.

Okay, baik. Kami cubalah. Pesan Kopi Nusantara panas satu dan hazelnut latte panas satu. Untuk makanan tak banyak pilihan. Hanya ada nasi lemak dengan apa entah lagi menu. Saya pilih nasi lemak sebab lapar belum makan malam lagi.

Tapi kalau nak makan makanan yang lain, boleh pesan di kedai sebelah. Ada pelbagai menu. Encik suami pilih grilled rib eye steak burger.

Lepas buat pesanan kami pilih duduk meja di luar. Kedai di betul betul dekat dengan Stadium Paroi tu. Malam tadi ada game Liga Negeri Sembilan kalau tak silap. Sesekali terdengar jeritan dari Stadium. Meriah betul.

Tak lama menunggu pesanan kopi dan nasi lemak pun sampai. Macam biasa, camera handphone makan dulu. Mana boleh tak ambil gambar kan. 

Saudagar Kofi

Hazelnut latte kurang manis dan rasa dia lain sikit daripada yang pernah saya rasa. Pahit sedikit tapi sedap!

Saudagar Kofi

Kopi Nusantara dia memang sedap lemak manis. Encik suami suka. Boleh repeat pesan yang sama lepas ni kalau nak mengopi di Saudagar Kofi lagi.

Saudagar Kofi

Nasi lemak dibungkus daun pisang ni sedap, walaupun kuantiti dia sikit je selari lah dengan RM2 sebungkus tu tetaplah kami kongsi berdua. Sedap cuma kurang pedas.

Itu je lah gambar yang sempat saya potretkan. Kecewa punya pasal sebab tak dapat makan di Rasta Kopi tu. Tak ada mood sudah. Lapar pun ye. 

Lepas tu pesanan encik suami, grilled rib eye steak burger pun sampai. Saya tak ambil gambar pula sebab dah lapar kan. Tapi sedap gila grilled rib eye steak dia tu. Cukup rasa kesedapan dia. Kalau tak dijadikan burger pun dah sedap, inikan dijadikan burger. 

Diselitkan juga dengan rocket salad dan juga sekeping cheese kalau tak silaplah. Memang sedap guys, terbaik!

Saudagar Kofi

Jalan Kedidi 4, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

18 comments:

  1. Kenyang dah kamera HPnya ye Fizah hihihii.
    Hazelnut Latte & Kopi Nusantara tu nampak betul kelazatannya! Warna dan kepekatannya sudah menunjukkan godaan untuk sepat-sepat dinikmati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..itulah, camera kenyang dulu.
      Dua dua sedap kak Amie. Tak rugi mencuba.

      Delete
  2. Unik namanya Kopi Nusantara. Cop pada nasik lemak tu pun unik juga 😍

    ReplyDelete
  3. Layan nasi lemak malam-malam pun sedap jugak . Tapi kalau dah lapar ni sebungkus tak cukup tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...nasi lemak pun porsi kecil kira okaylah tu buat rasa rasa. haa betui, kalau lapar memang tak cukup.

      Delete
  4. Suka vibew macam ni. Rasa tenang je, sambil menghirup secangkir kopi..

    ReplyDelete
  5. Kena makan kalau lapar, nanti takut tak boleh tidur, perut berkeroncong. :)
    Cantik, coffee art.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Kalau perut lapar memang resah tak boleh tidur dibuatnya. Ya, coffee art dia cantik sangat.

      Delete
  6. cantik sungguh lukisan daun atas kopi tu.. sayang nak minum :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu. Sayang memang sayang, tapi sayang lagi kalau tak minum. hihi...

      Delete
  7. Kopinya dah terbayang sedaaap kak 😍😍. Saya suka kopi yg creamy, ada pahit sedikit, tapi juga ada manis. Dan harus panas. Ntah kenapa tak terlalu suka kopi dingin. Langsung seruput pelan2. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa..emang sedap! Creamy, pahit pahit tu barulah rasa kopinya. Ya, harus panas juga baru enak dinikmati.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.