Bila dah mula aktif bersenam ni, dia rasa kekok kalau tak ada buat apa-apa hujung minggu. Kalau hari biasa akan ke KOMBES (Kompleks Belia dan Sukan) buat aktiviti brisk walk (jalan laju) atau slow jogging (lari perlahan).
Kebetulan hujung minggu balik kampung encik suami, kita pun ajaklah pergi jogging di Bukit Pilah kononnya. Nak hiking Bukit Taisho di Bahau memburu awan karpet macam tak sempat. Nak hiking Bukit Senaling juga macam tak sempat sebab ada kerja nak dibuat, aktiviti mengemas di kampung.
Jadi, kita ke Taman Rekreasi Bukit Pilah je lah. Dekat pun dekat. Pergi dengan adik ipar sekali sebab dia pun dah biasa jogging di sini kalau balik kampung.
Masa kami pergi tu macam tak ramai orang. Biasanya kalau di ruang ni dipenuhi dengan warga emas kaum Cina yang rajin bertai chi pagi-pagi. Mungkin sebab Chinese New Year, kosong tak ada orang lansung di ruang bawah ni.
Masa kami sampai lebih kurang jam 7 lebih macam tu pun tak ramai orang lagi. Biasanya meriah ramai orang kalau lalu sini.
Kami tak warm up atau streching sebab nak panaskan badan dan otot dengan berjalan je dulu. Dan jalan panas badan baru berlari perlahan. Disebabkan pertama kali sampai, nampak apa pun mesti nak ambil gambar. Boleh baca maklumat tentang Jalan Bukit Pilah ni.
Di tepinya ada tangga yang macam baru lagi disiapkan. Turun tangga ni terus ke Pejabat Pos Kuala Pilah.
Ada juga gazebo untuk berehat. Dalam hutan ni ada juga trail untuk basikal. Nampak macam mencabar juga trail ni.
Bila dah naik atas sikit barulah macam ada bau hutan sikit. Kiri kanan trail memang dipenuhi dengan pokok-pokok hutan je lah. Agak-agak rindu bau hutan, datang je sini.
Atasnya ada pencawang. Sempatlah kita memotret gambar dia. Kawasan atas ni sama macam puncak Bukit Beruang katanya. Bila saya tengok, memang nampak lebih kurang.
seronoknya membaca...linda lama jugak tak buat aktiviti mcm nie,,,mau pengsan kalau lepas buat nie
ReplyDeleteAda masa nanti bolehlah mula beriadah. Nanti dah mula terbiasa terus. Awal-awal memang camtu, lama lama okaylah nanti.
Deletesantai2 tgk alam, subhanaullah
ReplyDeletebestt kan bau pokok2
ciknur kalu blk kg bila pegi kebun panjat bukit terasa cam hiking
Indah ciptaan Allah. Ye betul kak, best bau udara segar walaupun tak hutan sepenuhnya dekat dengan pekan. Kalau jenis kebun lereng bukit tu memang rasa cam hiking betul kan.
DeleteEh eh...macam best je...kena pi ni...lama dah x kuar peluh
ReplyDeleteBoleh poie kak on weekend. Naik sampai atas.
DeleteBila dah mula tu, rasa ketagihkan nak bersenam ke bersukan ni ....
ReplyDeleteKeep it up Fiza 💪
Betul sangat tu kak. Dia macam tak tenang kalau tak aktif. hihi..Terima kasih kak.
DeleteMemang sepenuhnya alam semulajadi tempatnya. Bagus banyak tempat boleh jalan laju. Lagilah banyak kemudahan disediakan.
ReplyDeleteBoleh dikatakan begitulah. Alam semulajadi yang masih terjaga.
Deletenice sharing. memang exercise betul tu kalau jalan berbukit.
ReplyDeleteYa, jenuh jugak tu walaupun jalan bertar.
Deletecantik dan segar tempat riadahnya
ReplyDeleteYe, tempat yang best untuk riadah dan sesuai untuk lapisan umur.
DeleteHarap pihak berwajib dapat preserve tempat-tempat damai macam ni.
ReplyDeleteBetul. So far tempat ni macam dijaga elok.
DeleteNaik bukit juga tu. Best, dapat tengok pokok-pokok hutan. Memang bila kita menyapa orang yang kita tak kenal dengan beri/jawap salam atau good morning je pun, dah boleh buat kita rasa happy.
ReplyDeleteMemang naik bukit kaedahnya Kak Nur. Cuma trail ber tar tapi kiri kanan macam kawasan hutan gitu. Betul, seronok macam tu bertegur sapa walaupun tak kenal.
Delete