Gadgets

Melepak Makan Malam Di Toko Asad, Nilai

Balik dari membeli baju encik suami dan sedikit hadiah untuk anak-anak buah di AEON Nilai, kita cari kedai makan untuk makan malam. Jomlah kita ke Toko Asad alang-alang dah dekat dengan AEON Nilai tu dalam perjalanan balik.

Saya tahu Toko Asad ni dari TikTok. Mana-mana cafe yang menarik erus save dulu. Bila ada peluang pergi, dapatlah kita melepak kejap makan malam.

Suka betul dengan vibes di Toko Asad ni. Klasik betul dekorasi dan seni bina kedainya. Ala rumah kampung Jepun pun ada. Kalau tak silap saya, Toko tu maksudnya kedai. Kan? Asad tu mungkin nama pemiliknya? Tak pastilah pula.

Toko Asad Nilai

Dari parkir kereta,  kami melalui dari pagar parkir. Kelihatan dari jauh nampak open kitchen dan luarannya counter bar. 

Toko Asad Nilai

Kami masuk terus dan buat pesanan di kaunter pesanan (tingkap sebelah kiri). Oleh kerana kami first timer, staff memberikan penerangan untuk setiap menu.

Disini tak ada makanan berat-berat. Hanya ada makanan ringkas untuk makan santai-santai lepak. Begitulah secara ringkasnya. 

Lepas dah buat pesanan, kami pilih meja yang berdekatan dengan kaunter. Masa kami sampai ada beberapa meja yang telah dihuni. Malas pula nak mencari cari meja lain yang jauh.

Toko Asad Nilai

Sebelah kiri saya ada beberapa lagi meja kosong di celah celah pokok bunga. Menarik juga ruangan disitu. Oleh kerana dah memilih tempat, malas lah pula nak bangun.

Toko Asad Nilai

Kawasan ni nampak macam nursery pula. Kan? Mungkin juga bekas tapak nursery yang tidak diusahakan lagi. Boleh jadi juga. Ehh..pandai pandai je buat cerita!

Toko Asad Nilai

Saya perasan kalau Cafe terbuka mesti ada mentol mentol sebegini. Nampak menarik dan lebih romantik gitu dengan cahaya begini.

Toko Asad Nilai

Di sebelah kanan pula ada satu lagi counter bar dan kerusi tinggi. Dah terbayang bayang dah, kalau ambil gambar di situ mesti cantik. Posing ala-ala sedang menikmati secawan kopi panas yang masih berasap. Fuhh..jauh berangan bayang pun tak nampak!

Toko Asad Nilai

Malas nak pergi duduk jauh bukan apa, bila dekat senang sikit nak ambil order. Kena ambil sendiri di kaunter pick up ni. Tingkap sebelah kanan.

Toko Asad Nilai

Lepas kami buat pesanan, baru saya roger anak buah yang duduk di nilai. Bertiga lah kami melepak di sini. Bila dah bertiga, lama sikitlah menyembangnya. Tapi masa saya ambil gambar ni dia baru nak buat pesanan di kaunter tu ha. Dia pesan pun benda yang sama je. Jadi tak ambil gambar dah.

Toko Asad Nilai

Saya pesan dirty latte (panas). Bukan kotor tau. Memang nama dia macam tu. Tak tahu lah terma maksud kopi dia apa. Encik suami pilih laburica modern (ice), dia macam spanish latte katanya. Anak buah pun pilih laburica modern juga. Rasa kopinya pada saya biasa je. 

Untuk makanan, encik suami pilih Mr. Miyagi. Pau dengan isi daging. Sedap juga macam style pau macam ni. Kenyang jugalah makan sorang satu.

Toko Asad Nilai

Oleh kerana nak makan berat sikit saya pilih menu maze mee. Mi macam kuetiau halus dengan daging cincang, sayur pak choy, telur sebiji, sambal kicap dan daun bawang dengan kuah yang sedikit. Cara makan dia kena gaulkan semua katanya. Gambar kurang jelas lah pula. Letak je lah memandangkan gambar backup tak ada.

Toko Asad Nilai

Semua sekali seperti dalam resit tak termasuk harga yang anak buah pesan. Anak buah punya pesanan tambah laburica modern dan maze mee.

Toko Asad Nilai

Best makan disini sebab suasananya tu. Untuk makanan lepak-lepak santai tu sesuailah. Kalau lapar nak makan nasi memang tak ada ye. Menu dia unik selari dengan namanya. 

Untuk masa akan datang mungkin boleh sertakan sekali gambar dan menu. Senang tak perlu terangkan satu-satu gitu. Untuk harga macam pricey sikit. Dari segi rasa okay je lah. Tapi pau tu, Mr Miyagi memang sedap.

Untuk datang sini boleh google atau waze je. Kawasan parkir pun luas. Kawasan ruang makan pun luas dan selesa sebab meja jauh-jauh. Ada lah privasi sikit kan.

20 comments:

  1. cantiknya sis.. makanan pun nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik tempat ni. Ya, Makanan pun boleh tahan sedap.

      Delete
  2. Replies
    1. Ye, memang sesuai sangat untuk melepak malam-malam di sini sebab sampai jam 12am kalau tak silap.

      Delete
  3. mcm sepi je situ., tp nmpk lumayan sedapp., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang lain wak. Saya tak ambil lah view mereka. Malas nak edit nanti. Hihi...
      Menu dia boleh tahan jugalah.

      Delete
  4. Cantik suasana malam-malam.

    Kalau datang sini kena minum-minum je lah. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasana dia memang win. Itulah tu, macam kena kupi-kupi je lah gitu. Konsepnya pun lepak santai.

      Delete
  5. Baru tau ada tempat ni. Memang menarik suasananya.
    Kawasan parkir luas tu penting, selalu jumpa tempat menarik tapi parkir terhad pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu je kak. Itu yang menyinggah saja nak rasa. Betul, parkir luas tu satu keutamaan untuk kedai. Lagi lagi kalau viral.

      Delete
  6. Boleh la ajak Dania dan suami akak lepak sini nanti...nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk lepak mengopi malam malam okaylah. Tempat dia menarik sangat. Makanan tu rasa nak rasa-rasa bolehlah. Pada saya dia macam pricey sikitlah.

      Delete
  7. Walaupun saya duduk Nilai, ini first time dengar Toko Asad. Nanti nak cari lah kedei ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin masih baru lagi kot kedai ni. Saya pun tahu dari TikTok. Takpe, nanti boleh pergi kalau dah dekat tu.

      Delete
  8. Next time boleh OOTD lah Fizah dekat kerusi tinggi tu. ya, harga agak pricey tapi sesuailah dengan suasana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada orang okaylah. Saya ni pemalu orangnya. hihi...
      Suasana dia memang win. Itulah tu, pricey sikit. Buat rasa-rasa bolehlah kan.

      Delete
  9. Cantik pulak tempat makan ni. Nama makanan tu Mr Miyagi macam dalam cerita Karate Kid dulu2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat makan ni memang cantik. Best lepak makan sini. Cuma makanan dia macam pricey sikit lah. Alamak, tak tengok pulak cerita tu. hihi...

      Delete
  10. Lain macam menu dia ye, dirty latte, maze mee. Tak pernah jumpa. Bagus juga cuba tempat makan baru. Kalau tak cuba, tak tahu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, nama dan menu dia memang unik. Saja cuba-cuba Kak Nur. Kot sedap nanti boleh makan lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.