Gadgets

Mengopi Di Rasta Kopi Dan Makan Basque Burnt Cheesecake

Balik dari KOMBES, ajak encik suami mengopi di Rasta Kopi. Port lepak wajib singgah lepas bakar kalori dan tak asing lagi dalam blog ni sebab tak berkali-kali saya update tanpa jemu. Lama juga tak singgah sini. Alang-alang hari Jumaat dan esok tak kerja, lepaklah kejap kupi-kupi.

Rasta Kopi

Masa kami sampai ada pelanggan lain. Kalau tak ada orang, kami pilih duduk di meja tengah. Tapi kalini duduk di bahagian tepi je lah.
 
Rasta Kopi

Masih tak jemu nak memotretkan Cafe Rasta Kopi ni. Walaupun sudut yang sama tapi hari lain dengan cerita yang berbeza.

Rasta Kopi

Rasta Kopi yang berkonsepkan tema raggae. Lagu yang dimainkan pun lagu raggae mengikut tema cafe.

Rasta Kopi

Selain layan kopi panas, ada pula Basque Burnt Cheesecake di kaunter. Jadi pesan lah sepotong kongsi berdua buat rasa-rasa je. Kek pun sedap. Rasa manis topping coklat dan masin masin keju yang seimbang. 

Rasta Kopi

Biasa encik suami pesan air kopi caramel macchiato sejuk. Tapi tiba-tiba nak air panas pula macam saya selalu pesan. Bila dah pesan caramel macchiato panas, dia pesan hazelnut latte. Memang akan pesan menu berbeza sebab boleh rasa kopi yang berbeza.

Menu menarik di Rasta Kopi

12 comments:

  1. owner kopi rasta tu, agak2 rambut dia mcm tu jugak ke??
    sedap nya burnt cheesecake lama tak makan
    kalau dekat melaka dulu, mmg beli dekat sorang seller nie..sebab dia buat yang mini punya, dan boleh campur2 topping, so xd lah rasa muak sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far selama pergi ni semua rambut pendek cam biasa je.

      Seekali makan kek memang sedap dinikmati kan. Senang kalau ada yang buat saiz mini sebab kadang terinigin nak makan sikit je.

      Delete
  2. Replies
    1. Kot nak mengopi tiba-tiba bolehlah kesini Ammi.hihi...

      Delete
  3. Unik kedai dia. Mesti peminat bob marley. :)

    ReplyDelete
  4. cantik tempat dia.. tapi rasta kopi ni kat mana yer

    ReplyDelete
  5. cafe ni memang selalu muncul dalam blog Fizah. boleh mintak komisen kat owner. hihi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.