Gadgets

Salam Isra Mi'raj 1445H/ 2024M

Salam Isra Mi'raj/ Israk Mikraj 1445H (2024M) buat semua umat Islam. Isra Mi'kraj adalah Peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Tarikh Isra Mi'raj yang disambut pada hari ke-27 bulan ketujuh yang dikenali sebagai bulan Rejab dalam kalendar Islam. 

Pada tahun ini, tarikh Isra Mi'raj 2024 di Malaysia adalah pada hari Khamis, 8 Februari 2024 bersamaan 27 Rejab 1445H. Antara negeri yang bercuti adalah negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu.


Sempena Isra Mi'raj ini, marilah kita mengambil ibrah dari peristiwa ini dengan penuh penghayatan dan ketakwaan. 

Kelebihan dan pengajaran dari kisah peristiwa Israk Mikraj

Baitulmaqdis adalah harta umat Islam

Bumi palestin adalah bumi barakah yang menjadi tempat pilihan Allah SWT untuk berlakunya peristiwa penting dalam sejarah iaitu Israk Mikraj. Ini membuktikan tanah suci ini dimuliakan Allah SWT dan wajib dipertahankan oleh semua umat Islam.

Mengakui kebesaraan Allah dan kehebatan kerajaanNya

Allah SWT telah memperlihatkan kepada Rasulullah SAW keagungan kerajaanNya yang tiada terbatas. Peristiwa ini mendidik manusia untuk merasa diri kerdil di hadapan Allah SWT dan mengakui hakikat diri sebagai hamba Allah.

Kepentingan Solat Fardu lima waktu

Rasulullah SAW telah menerima perintah solat Fardu secara langsung daripada Allah SWT tanpa melalui perantaraan. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan ibadah solat berbanding ibadah yang lain.

Menjauhi perkara mungkar dan yang dilarang

Semasa Israk Mikraj, Rasulullah SAW dibawa meninjau suasana di neraka dengan pelbagai bentuk balasan dan penyiksaan ke atas orang-orang yang ingkar kepada Allah. Ini memberi iktibar kepada umat Islam supaya menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Galakan untuk sentiasa meminta kepada Allah SWT

Peristiwa Nabi Muhammad berulang alik berjumpa Allah SWT untuk meminta keringanan waktu solat memberi gambaran kepada kita supaya tidak jemu memohon doa kepada Allah dan tidak mudah berputus asa dalam meminta Allah untuk mengabulkan doa dan permintaan hambaNya.

Kesedihan terhadap dunia, pengubat rindunya adalah Allah SWT

Peristiwa Israk Mikraj adalah hadiah daripada Allah SWT untuk mengubati hati dan kesedihan Nabi Muhammad SAW setelah melalui ujian besar dengan kematian isteri baginda iaitu Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Thalib. Ini sekaligus menunjukkan bahawa Allah SWT sebaik-baik sandaran ketika sedih dan kecewa.

sumber : https://isma.org.my/6-pengajaran-peristiwa-israk-mikraj/

16 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian. walaupun tak dapat cuti, tak bermakna tak perlu menghayati peristiwa israk mikraj kan

    ReplyDelete
  2. Salam isra' mi'raj
    Baru pulang dari ceramah isra' mi'raj kat masjid lepas isyak tadi

    ReplyDelete
  3. salam Israk Mikraj sis, lama tak singgah blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Israk Mikraj. Terima kasih sudi singgah sini :)

      Delete
  4. Salam Israk Mikraj. Terima kasih, atas perkongsian Fizah. Bermanfaat, bagi akak.

    ReplyDelete
  5. salam israk mikraj fiezah comel... sedih .. sebab masjid al Aqso sedang dicerobohi skrg.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Israk Mikraj.
      Jangan pernah berhenti mendoakan untuk saudara kita di sana.

      Delete
  6. Oh negara yg bercuti tak seluruh Malaysia kak? Cuma sebagian? Kemarin isra Miraj di sini semua libur soalnya . Apalagi berdekatan CNY, dah lah jakarta sepi, semua orang berlibur 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, cuma beberapa negeri je ambil cuti. Kiranya lama lah orang disana berlibur ya?

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.