Gadgets

Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka, Cape Rachado Lighthouse

Dari pelantar pemerhati 2 melalui tangga taubat, kami teruskan perjalanan dan sampai di pelantar pemerhati 1 yang ada kerusi dan meja kayu yang dah usang. Berhampirannya ada dua papan tanda maklumat. 

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka
Peta dan gambar laluan Bukit Batu Putih Tanjung Tuan
 
Boleh lah baca-baca sikit di papan maklumat yang disediakan ni. Sambil tu boleh berehat kejap. Tak lama kami di sini, ambil gambar, baca sikit dan teruskan perjalanan.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka
Peta laluan penghijrahan burung pemangsa

Tangga lagi??? Dia auto lemah kalau nampak tangga lagi setelah naik tangga taubat tu. Nasib baiklah tangga dia tak sebanyak tangga taubat tu ha. Taubat weiii...

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Di pondok berbumbung ni ada juga maklumat disediakan. Nak berehat di sini pun boleh. Kami terus terus je lah. Nampak tangga lagi, saya ikut tepi tangga tu. Tak sanggup nak bertangga lagi. 

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Kalau nampak pondok ni kira nak sampai dah tu. Yeay, dah sampailah kita di Cape Rachado Lighthouse. Akhirnya!

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Nampak tak laluan terang tu, laluan tu boleh lalu juga untuk ke gua bawah lighthouse ni katanya. Kalau ada kesempatan nak ke gua sahaja, bolehlah terus ke lighthouse ni ikut jalan tar dan ikut laluan belakang lighthouse ni.

Dari lighthouse juga boleh terus ke Pulau Intan juga kalau nak cepat tanpa perlu bermula dari Pantai Keramat macam kami.

Dari atas kami turun ke bawah melalui tangga putih. Haa nak turun pun rasa longgar lutut. Ku teruskan jua.

Ambil gambar I 💗TER (Taman Eko Rimba) Tanjung Tuan @Melaka. Haa terang-terang Melaka tu. Jadi jangan keliru. Selama ni saya dok ingat Tanjung Tuan ni Port Dickson, rupanya Melaka!

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Ambil gambar lighthouse juga dari kejauhan. Nampak cantik pula permandangan dari celah-celah dedauan tu.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Di sini ada peniaga jual air minuman sejuk dan buah-buahan potong. Kami beli air 100 Plus je konon nak tambah stamina. Sekali jadi lemau terus. Badan rasa berat bila minum air manis banyak. Memang sedap minum lega tekak bila cuaca panas. Tapi tak bagus sebenarnya bila banyak minum air.

Benda dah minum, kita hadap je lah. Kena push diri sendiri untuk maju ke depan. Muka dah barai pucat minta nyawa tapi masih bersemangat lagi untuk meneruskan full loop Tanjung Tuan. Ayuh!!!

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Mula dari pelantar pemerhati 2 : 10:54 am (dari pelantar pemerhati 1)
Tiba di Lighthouse : 11:01 am
Tempoh masa : 7 minit (+ ambil gambar)
Tahap kesukaran : mudah
Destinasi seterusnya : Glass view point/ Glass deck

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Jalan mudah untuk ke Cape Rachado Lighthouse ni boleh je dari pintu masuk ikut jalan ber terus sampai sini. Ramai pengunjung datang sini dengan keluarga lepak di lighthouse ni. Bukan semata-mata untuk beriadah hiking je. 

Taman Eko Rekreasi yang menarik untuk berkunjung sambil beriadah. Masuk pun percuma je tak perlu bayar apa-apa. Cuma mengah jugalah kalau tak biasa laluan mendaki. Even jalan tar pun jenuh juga nak sampai atas.

8 comments:

  1. Kalau Fizah tak share, akak pun tak tahu Rumah Api Tanjung Tuan ni, di Melaka, bukan di PD. Ada pernah nampak rakan runners share berlari di sini, ikut jalan tar pun boleh, ye? Dasyat, Fizah. Tahniah ye, berjaya hiking satu loop bukit batu putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, di Melaka. Betul, ikut jalan tar terus sampai sini pun boleh.
      Alhamdulillah berjaya tapi ada tempat tak sempat nak pergi.
      Terima kasih Kak Nur.

      Delete
  2. ha...ammi pun ingat Tanjung Tuan tu PD. In fact mcm kat PD belah Pantai Cermin tu pun kanan PD pantai kiri dah Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Saya pun fikir macam tu. Mungkin banyak belah Melaka kot. Berdekatan Pantai Cermin, Pantai Keramat, Pakat Pasang dan Pulau Intan tu dah kawasan PD.

      Delete
  3. Eh masuk percuma ya sekarang? Dulu bayar RM1.
    Betul…mengah weh nak daki jalan tar. Bagi akak, situlah paling seksa. Daki trek hutan ok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, masuk percuma sekarang. Saya pun terkejut gak sebab dulu masuk RM1. Kaunter pun tak ada dah. Sangat mengah walaupun jalan tar. Saya setuju! Betul², ikut trek hutan lagi seronok dan kurang mengah sikit. Enjoy!

      Delete
  4. Akhirnyaaa, dah setengah jalan ya kak 😄👍. Baguuuus mercusuarnya, putih bersih. Saya pernah naik ke atas sebuah mercusuar, di Belitung, dan tak sangka tangganya berkelok2 , sampai pusing kepala 🤣.

    Memang lah tak baik terlalu banyak minum saat tubuh masih panas. Secukupnya saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Ya, disini masih nampak putih bersih lagi dan kemas. Tangga pusing memang bikin pusing kepala jadikan kan.

      Itulah tu, terus menyesal minum banyak.huhu...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.