Gadgets

Makan Malam Di Kedai Kopi Secangkir Teko, Segamat

Petang on the way balik kampung di Segamat dah mengopi di Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah. Malamnya pula anak buah ajak makan malam di Kedai Kopi Secangkir Teko, Segamat.

Sebenarnya dah lama juga nak makan-makan di sini tapi itulah memanjang lalu ramai orang je. Bila anak buah ajak, kita pun turutkan saja. 

Kedai Kopi Secangkir Teko port lepak kupi-kupi nombor 1 di Segamat katanya. Kedai makan tengah hype di Segamat. Tempat lepak ala kopitiam klasik zaman dulu. Bangunan pun bangungan lama dengan dekorasi klasik gitu.

Kedai Kopi Secangkir Teko Segamat

Lokasi Kedai Kopi Secangkir Teko, Segamat

—86, Jalan Sultan, 85000 Segamat, Johor

Kedai ni terletak berdekatan tepi sungai Segamat. Sementara menunggu anak buah sampai, kita layankan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi Sungai Segamat dulu.

Kedai Kopi Secangkir Teko Segamat

Tengok dari luar macam ramai orang. Mujur jugalah masa kami masuk tu ada beberapa meja kosong. Dapatlah terus duduk dan pesan makanan.

Kedai Kopi Secangkir Teko Segamat

Kononnya tak mahu makan berat-berat sebab dah melantak nasi lemak sepinggan sorang di Richiamo Coffee, tapi ter order chicken grilled pula. Kongsi dengan encik suamilah tapi. Bukan saya makan sorang. Tak mampu nak habiskan seoarang dengan porsi besar macam ni. Bontuih nanti orang Pilah kata.

Kedai Kopi Secangkir Teko Segamat

Ini pun jenuh nak menghabiskannya sebab masing-masing kenyang. Anak buah order fish & Chips. Suami anak buah pesan roti dan mushroom soup. Dia pun masih kenyang lagi. Jadi kami pesan makanan yang ringkas-ringkas je lah.

Sambil makan sambil menyembang, habis juga di makan. Alhamdulillah...Chicken grilled dia boleh tahan sedap juga dengan sosnya. Mungkin kalau lapar ni dia akan jadi extra sedap. Yang faham je faham.

Sos pun sedap dan banyak. Berbaloilah kiranya. Nak pesan kopi tapi barista tak ada kot kalau tak silap. Vibes ala klasik di sini memang best. Ada ruang indoor dan outdoor. Tapi meja outdoor hanya ada beberapa je lah. Ruangan dalam ada air-condition.

Oh ye, bahagian atas pun ada ruangan tempat makan ala rumah kampung gitu. Bukan itu je, ada juga jualan bundle. Peminat bundle bolehlah terjah ruangan tingkat atas tu.

Terima kasih anak buah belanja. Encik suami nak pergi bayar, tahu-tahu dia dah bayar. Laju buat kerja ek. Semoga anak-anak buah dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan dan kecukupan. Aamiin...

Kedai ni banyak menunya, ada kopi, bingsu, western dan juga makanan tempatan. Memang sesuailah untuk lepak makan malam ramai-ramai mengikut pilihan selera masing-masing.

Tempat makan menarik di Segamat

10 comments:

  1. Replies
    1. Wahh pakkal! Lama tak dengar. Terlalu bangsa Johor ni. Hihihi...nanti terlimpas di Segamat, silalah singgah ye.

      Delete
  2. Akak x peenah sampai Segamat lagi...nanti nk explore la

    ReplyDelete
  3. alamak.. belah mana ni? Weekend ni balik Segamat.. nak ajak suami dating kat sini laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat dengan sungai Segamat tu je KakYan. Selamat berdating.hihi...

      Delete
  4. Bagusnya macam-macam jenis makanan dan minuman ada.
    Sayang pula waktu itu tiada barista buat air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bagus banyak pilihan. Itulah tu, kopi not available pulak.

      Delete
  5. dari luar nampak macam kafe dalam filem dulu-dulu. aiseh rugi pulak tak dapat rasa kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, memang macam kafe dulu-dulu. Itulah tu, tak ada rezeki nak merasa kopi. Kena datang lain kali lah nampaknya kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.