Gadgets

Lorong Seni & Budaya Segamat @Segamat Lane, Tarikan Terbaru Di Segamat

Selesai makan di Kedai Kopi Secangkir Kopi, kami singgah di Lorong Seni & Budaya (Street Art) atau dipanggil Segamat Lane @ Segar amat Lane berdekatan dengan Jakel Segamat. Sejak bila ada Lorong Seni & Budaya ni entahlah. 

Saya pun baru tahu je sebab anak buah kongsi gambar. Alang-alang kita dah melepak waktu malam di Bandar Segamat, kita pergilah tengok-tengok apa yang menarik di sini. Nama je orang Segamat, tapi banyak perubahan Segamat yang saya tak tahu. 

Bak kata anak buah, " Segamat dah tak bosan". Dah banyak tarikan menarik di Segamat. Kita pun playing tourist lah konon.

Pintu gerbang Lorong Seni & Budaya Segamat dihiasi dengan tanglung. Masa kami pergi tu masa cuti perayaan Tahun Baru Cina. Meriahlah dengan hiasan tanglung sana sini.

Lorong Seni & Budaya Segamat @Segamat Lane

Menarik juga idea untuk adakan Lorong Seni & Budaya ni untuk tarikan pengunjung datang. Tak pasti pula kemeriahan ni setiap malam atau hanya hari tertentu sahaja.

Kita pun ambil kesempatan merakam kenangan disni. Buat tambah meriah di sini.

Lorong Seni & Budaya Segamat @Segamat Lane

Lorong Seni ni tak berapa nak panjang sangat. Tapi sepanjang lorong meriah dengan arca macam ni. Arca ke orang panggil. Entahlah apa nama dia. Arca besi yang berlampu. 

Lorong Seni & Budaya Segamat @Segamat Lane

Bermacam-macam rupa dan gaya ada disini.

Lorong Seni & Budaya Segamat @Segamat Lane

Pintu Gerbang Segamat Town pun ada. Disini selain perhiasan, ada juga kedai-kedai jualan sepanjang lorong ni. Bagus juga boleh tambah pendapatan peniaga. Ada jual makanan, baju, bunga, bergambar dengan baju tradisional dan bermacam-macam lagilah. 

Lorong Seni & Budaya Segamat @Segamat Lane

Bunga sakura yang tergantung ni menarik perhatian saya. Lalu saya potretkan dia. 

Lorong Seni & Budaya Segamat @Segamat Lane

Tak lama berjalan sebab tak panjang sangat lorong ni. Sebelum balik, bergambar dulu di signboard Segar amat Lane @Segamat Lane.

Lorong Seni & Budaya Segamat @Segamat Lane

Kalau datang Segamat, bolehlah singgah sini sebab banyak hotspot yang menarik untuk bergambar. Tahniah Segamat semakin maju. Saya yang Segamat ni pun tak sempat nak jelajah Segamat. Belum berkesempatan lagi nak bergambar di Jambatan keretapi yang baru siap pintu gerbang tu. Sempat lalu je.

Bila balik kampung banyak habiskan masa di rumah je. Ke bandar pun untuk beli barang-barang je lah., Nak berjalan tu kadang tak cukup masa. Padahal banyak tempat menarik di Segamat. Walters Farm tempat tengok haiwan pun tak sempat pergi lagi. Hmmm....

6 comments:

  1. Pelik tengok arca nombor 1 itu. Apa orang itu pegang? Hehe.
    Biasalah tempat yang kita tinggal jarang hendak teroka tempat baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bentuknya macam naga. Tak tahu apa simboliknya. hihi..
      Tahu takpe, tempat dekat kadang orang jauh pergi dulu.

      Delete
  2. hebat segamat sekarang ye. saya pun dah lama tak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee..balik Muar jangan lupa singgah Segamat. hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.