Gadgets

Brisk Walk Di KOMBES Paroi, Dapat Awards Dan Redeem Rewards

Masih lagi meneruskan perjuangan membakar kalori di KOMBES (Kompleks Belia dan Sukan) di Paroi. Ini je tempat riadah yang dekat dengan rumah dan best bersukan di sini. Meriah ramai orang dan dirasakan lebih selamat.

Sebelum ni bulan Januari boleh pergi selang sehari. Sekarang ni seminggu sekali sebab dua minggu kebelakangan ni encik suami sibuk kesana kesini. Jadi tak dapatlah selang sehari. Tapi tetaplah pergi juga. Sesekali kena beriadah diluar juga. 

Macam biasa kami riadah waktu malam. Makan malam awal, lepas solat maghrib terus pergi. Pergi awal dan balik awal. Kalau pergi lambat sikit dah ramai orang kena parkir bahagian belakang pula.

Brisk Walk Di KOMBES Paroi, Dapat Awards Dan Redeem

Brisk Walk/ Jalan Laju

Suka sangat brisk walk, slow jogging dan berlari di balapan ni sebab lembut. Rasa macam masih baru lagi. Entah bila tukar tak tahulah sebab kita pun baru tahun ni rajin datang sini. Bila pijak balapan lembut, kasut pun tebal elok. Tak sakitlah kaki kita wak.

Brisk Walk Di KOMBES Paroi, Dapat Awards Dan Redeem

Lutut longgar tu biasa. Dia kejap je. Buat mana termampu je lah. Minggu lepas dapat pergi hari Jumaat je. Brisk walk santai-santai. Kejap brisk walk, kejap slow jogging, kejap berlari sikit. Tapi lebih banyak brisk walk lah haritu. Dapat lah lebih kurang 5 pusingan tak sampai setengah jam. 

Brisk Walk Di KOMBES Paroi, Dapat Awards Dan Redeem

Tak lama sebabnya kat rumah dah workout banyak. Keluar rumah brisk walk ambil angin luar dan nak cukupkan qouta 10, 000 langkah kononnya. Tapi terlebih sudah. Saya guna fitness apps apple.

Brisk Walk Di KOMBES Paroi, Dapat Awards Dan Redeem

Awards Fitness

Bulan Januari tak berjaya full rings setiap hari sebab baru bermula kan. Bulan Februari ni agak all out sikit kumpul awards. Awards yang berjaya dicapai sehingga 18 Februari 2024. Seronok bila dapat awards ni, dia buat kita lagi semangat nak bersenam. Kann... 

Brisk Walk Di KOMBES Paroi, Dapat Awards Dan Redeem

Redeem AIA Vitality Rewards

Lagi satu yang menguntungkan adalah selaku AIA Vitality membership, dapatlah kita redeem weekly challenge rewards. Biasanya saya redeem touch n' go je. Nanti bolehlah rewards diri sendiri dengan e wallet tu.

Selain touch n' go, boleh redeem voucher Jaya Grocer, Grabgifts dan Zus Coffee. Semua voucher bernilai RM5. Kalau kumpul setiap bulan dapatlah RM20 sebulan. Nampak sikit tapi kalau dikumpul banyaklah jadinya. Sambil-sambil ada faedahnya juga.

Brisk Walk Di KOMBES Paroi, Dapat Awards Dan Redeem

Alhamdulillah..Kudos dearself! Selain tu kurangkan manis-manis. Nak cut sugar terus macam payah. Sesekali takpe. Slowly lah kan. Lebihkan manis dalam senyuman je.

14 comments:

  1. Tahniah Fiza 👏! Moga terus konsisten.

    Akak guna apps BookDoc tu pun ada rewards. Nak redeem touch n go tak pernah dapat, cepat je fully redeemed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Marilah kita sama-sama konsisten kak Ujie.

      Best kan dapat rewards ni. Ohh macam tu, kena cepat redeem lah konsep dia ye.

      Delete
  2. Wahh best ni ada rewards dan boleh redeem. Saya guna strava je utk record aktiviti. Tak dapat nak buat tiap hari , selalu nya weekend je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..itu yang seronok tu. Nampak ramai juga strava. Takpe kak, weekend sahaja pun okay asalkan kita ada aktiviti.

      Delete
  3. rasa dah bertahun tak ke kombes belah malam. kalau pagi atau petang tu biasalah. tapi sekarang ni tak larat nak pegi samada pagi / petang sbb panas litlit. ammi walking kat lake garden je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau camtu kena pergi malam, sejuk je. hihi...Saya pulak tak pernah beriadah kat taman tasik tu. Nampak sentiasa meriah ramai orang. Kadang parkir pun penuh.

      Delete
  4. Tahniah, Fizah. Di samping sihat, dapat claim rewards juga, ye. Semoga terus bersemangat! :) Seronok dapat jogging di dalam stadium. Soft landing. Baik untuk lutut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kak Nur.
      Sambil sambil tu dapat juga rewards, auto semangat jadinya. Ye, soft landing tak sakit lutut sangat.

      Delete
  5. Tahniah... bakar calori pun dpt ... reward pun dapat.. terbaik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih.
      Ye, dua dua dapat. Sangat berbaloi kann...

      Delete
  6. saya ada apps AIA sebab insuran company pakai AIA ni tapi tak pernah explore vitality. Kena godek ni

    ReplyDelete
  7. Hahh bila laa CCL akan briskwalk macam sis fiza ni juga kan . Dpaat beriadah mcm ni pun best . Tapi tue laa tak menyempat haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brisk walk area taman pun okay jugak tu Lyana. Tapi make sure kawasan selamat lah. Memang best dapat beriadah ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.