Gadgets

Umur +1

Tajuk pendek tak seperti biasa. Saja cipta kelainan biar tak nampak bosan. Padahal bosan juga. Lama tak update blog, rasa kekok pula. Itulah siapa suruh cuti lama-lama.

7 Februari 2024, Alhamdulillah bertambah umur setahun lagi secara rasminya. Itulah maksudnya umur +1 seperti tajuknya.

Cakap pasal birthday, biasanya kena renew lesen lah kan. Lesen dah renew ke belum? Boleh pula tahun lepas saya lupa renew lesen yang dah tamat Februari 2023. Bulan November 2023 baru renew! Tahulah lama tak memandu, dia boleh tak perasan pula. 

Apa nak jadi lah agaknya. Faktor usia mungkin.

Padahal renew lesen ikut tarikh birthday nak bagi ingat. Ehhh..tetap juga lupa. Ingatkan tahun lagi satu baru expired. Rupanya tidak ye. Lepas tu terus renew 3 tahun sampai 2026. Lepas ni jangan lupa nak renew ye Puan Fiza. Kekok dah pegang stereng kereta. Alasan!

Okay bab lesen, settled! 

Seterusnya, sambutan birthday. Tahun ni tak pergi bercuti kemana-mana seperti tahun sebelum-sebelum ni. Sebabnya birthday jatuh pada hari waktu bekerja. Memang tak kemana-mana lah jawabnya. 

Rancang nak pergi makan makan je tapi seharian mood macam serba malas, tak berapa OK sangat. So batalkan niat tu. Kita makan-makan lain kali.

Encik suami belikan petite cake, kopi dan spaghetti The Coffee Bean & The Leaf (CBTL) untuk makan-makan sahaja di rumah. Jenama yang biasa kita beli tu S dan BR tu kita dah pangkah siap-siap dah. No more!

Umur +1

Red Fortune (Petite)

Kek red velvet serba merah diluarnya, asas bawahnya dengan salted egg cookie bed. Kek ni mungkin sempena CNY kot sebab ada stamp gambar naga sebab tahun ni tahun naga. 

Umur +1

Kek Red velvet yang tak terlalu manis. Just nice. Sempena birthday kita terlebih makan manis lah pula. Dah biasa kurangkan gula kan. Birthday punya pasal, kita redah je lah. Ingatkan encik suami beli sepotong, sekali sebiji kek dia belikan. Mujurlah petite. 

Makan berdua, dua tiga hari pun boleh habis. Kek yang tak muak dan tak manis sangat laju sikitlah nak menghabiskannya.

Selain cake, menu lain encik suami beli salmon & mushroom aglio olio spaghettti, tomato herb spaghetti dan 2 cawan kopi. 2 spaghetti tu dah pernah review sebelum ni. So tak perlu cerita dah. Macam biasa menu CBTL (The Coffee Bean & Tea Leaf) tak pernah mengecewakan. Sedap!

Sambutan birthday tahun ni agak sendu sikit sebab hari waktu bekerja. So dia tak enjoy sangat tapi tetap bersyukur apa adanya. Alhamdulillah...

Terima kasih untuk ucapan, doa dan hadiah yang diberikan. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan dan dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Aamiin...

4 comments:

  1. Happy belated birthday Fiza! Semoga dapat momentum blogging balik

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir, Fiza. Selalu jugak nmpk kek RV ni kat CBTL tapi tak pernah try. Kalau Fiza kata sedap, mungkin lain kali boleh cuba. Tak apalah setahun sekali makan manis kan...

    Kita pun tahun lepas lupa tau nak renew lesen, ingatkan mati tahun ni. Dah bulan 12 baru perasan itupun sebab nak renew roadtax bukak aps JPJ rupanya dah kiokkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bonda a.k.a Mak Inche'. Nanti boleh cuba RV CBTL pula. Ye, sesekali makan manis. Bukan setahun sekali sebab kek orang lain kena makan juga. hihi...
      Uishhh..lagi hebat tu setahun berlalu baru perasan. Adeh, penyakit lupa yang kadang dia muncul.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.