Gadgets

Berjaya Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Di Monkey Bay ada laluan masuk hutan untuk menuju ke jalan ber tar. Saya lupa pula nak ambil gambar laluan tu. Dalam perjalanan tu kami jumpa perigi. Eh sebelum ni datang macam tak perasan pun ada perigi. Ke kami ikut jalan lain dulu?

Malaslah fikir, janji kami ikut jalan yang betul. 

Berjaya Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Dah hujung-hujung ni perjalanan agak perlahan sebab ada trail mendaki. Aduhaiii..kalau boleh tak nak jumpa trail pacak. Pacak sikit pun tak nak kalau boleh. Saya pun tak ambil gambar trail pula. Penat punya pasal.

Trail terakhir tu 2-3 kali juga berhenti. Kami keluar dari trail inilah. Kalau naik dari jalan tar pintu masuk nak ke Monkey Bay, sila ikut jalan ni. Papan tanda pun ada tu. 

Berjaya Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Dari sini nak ke Monkey Bay tu lebih kurang 10-15 minit macam tu. Cuma masa naik tu ambil masa sikit sebab kaki dah penat sikit.

Berjaya Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Lega bila dah keluar dari laluan tu dan jumpa jalan tar. Taklah seksa sangat nak berjalan. Jalan ber tar pun jalan santai sambil ambil gambar. Tak payah nak kejar pace. Pace pun entah kemana perginya. Lantak situ. 

Kita nak menghayati alam semulajadi. Tenang ribut jiwa. Sesekali mendekati alam memang best. Satu terapi untuk kita.

Berjaya Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Sepanjang perjalanan ke bawah, ada dua pondok untuk berehat. Agak-agak penat, berhenti dan rehat. Nampak papan tanda Monkey Bay dan Bukit Batu Putih. Ikut je arah papan tanda jika melalui jalan tar dari pintu masuk

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Sampailah sudah kami di bawah. Lebih kurang 9 minit perjalanan dari atas tadi. Berhenti kejap ambil gambar. Awal-awal masuk tadi kita terus ke kiri sampai lupa nak ambil gambar sebelah kanan.

Berjaya Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Ada juga kemudahan tandas awam. Bagus juga disediakan tandas. Tak pasti pula sebelum ni ada ke tidak. Dah ada kemudahan tu sila gunakan dengan betul ye. Jangan yang bukan-bukan je.

Berjaya Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Alhamdulillah berjaya akhirnya buat full loop walaupun ada tempat yang tak sempat kami pergi. Teringin juga nak pergi ke Gua tu, tapi itulah kena pergi waktu yang tepat bila air surut. 

Berjaya Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.