Gadgets

Dapat Hadiah Shawl Belhams Dari Anak Buah

Kan dah cakap, birthday sebulan. Tahu-tahu dapat lagi hadiah. Tengah siap-siap nak keluar rumah balik kampung, tiba-tiba ada courier datang letak parcel dalam pagar. Eh, parcel apa pulak. Tak ada pun beli apa-apa.

Tapi saya yakin itu hadiah untuk saya sebab ada ahli keluarga yang nak bagi hadiah lambat sikit katanya. Tapi tak tahu siapa yang bagi.

Sebelum gerak balik sempat juga saya potretkan dan bertanyakan di instagram. Haa..baru tahu siapa yang bagi. 

Belhams Shawl

Rupanya anak buah saya yang bagi. Yelah tak ada apa-apa petunjuk dalam parcel tu. Cuma ada nota kecil pada consignment note untuk penjual. Tapi dia tak tulis pun ucapan tu pada kad atau letak nota ke apa. Cuma tahu anak buah bagi tapi tak tahu yang mana satu.

Dah post di instagram barulah tahu. Lahhh...awat tak bagitahu awal-awal. Kata lambat. Tahu-tahu dah sampai je. Nasib baik juga sampai sebelum saya gerak balik. Kalau tidak, duduklah  dalam pagar tu lama-lama. Risau pulak ada orang rembat dan orang tahu kita tak ada rumah nanti.

Pertama kali tahu kena Belhams ni. Popular di TikTok kot agaknya sebab anak buah beli dari TikTok Shop tengok kat parcel tu. Shawl jenis kain silk satin.

Pandai pilih warna favourite saya. Corak pun cantik. Kena gayakan dengan baju warna plain lah macam tu. Baru sepadan. 

Masa cuba-cuba pakai macam elok senang nak bentuk. Ukuran shawl pun panjang. Bolehlah buat pelbagai gaya. Buat tudung raya pun boleh ni.

Terima kasih anak buah bagi ucu hadiah birthday. Semoga dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan dan Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...

Selagi tak habis Februari, saya sudi terima hadiah birthday pada bila-bila masa. Kalau bukan bulan Februari pun boleh. hihi...

12 comments:

  1. alhamdulillah....rezeki. ramai yg sayang & ingat
    btw..cantik shawl nya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...rezeki ni...cantik tudung tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki dapat menambah koleksi shawl. hehe...Memang cantik. Kain pun best.

      Delete
  3. Cantik tudungnya, Fizah. Nanti ootd tau, nak tengok Fizah pakai. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coraknya dan material dia pun best. Hihi...Kalau ada gambarnya nanti sy update kat entry ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.