Telefilem Orang Gaji Ke 19, Telemovie Khas Hari Pekerja Di TV2

Tonton Telefilem Orang Gaji Ke 19, telemovie khas sempena Hari Pekerja bersiaran pada hari Isnin, 1 Mei 2023 pukul 9:00 malam di saluran RTM TV2. Telefilem Orang Gaji Ke 19 dibintangi pelakon Adriana Adnan, Josiah Hogan, Ain Sufia, Syuhaida Abraz (Dottie) dan ramai lagi.

TELEFILEM ORANG GAJI KE 19

Waktu siaran : Isnin, 1 Mei 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : Drama On 2 RTM TV2, astro (CH102), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Pengarah : Yen Osing
Produksi : Tribution Studio

Telefilem Orang Gaji Ke 19 full movie TV2

PELAKON 

Adriana Adnan, Josiah Hogan, Ain Sufia, Syuhaida Abraz (Dottie), Faiz Tapaw, Mior Darwish dan ramai lagi.

SINOPSIS TELEFILEM ORANG GAJI KE 19

Tina menanggung hutang ibu bapanya terpaksa menurut arahan pemberi hutang, Camel, menyamar sebagai orang gaji di rumah seorang duda beranak satu, Mukhriz agar dapat mencuri sebuah lukisan milik Mukhriz berharga RM8 juta bagi melangsai hutangnya.

Misi mereka itu gagal kerana Mukhriz yang mereka sasarkan bukanlah Mukhriz yang menjadi majikan Tina. Lukisan yang disangka bernilai RM8 juta sebenarnya adalah lukisan anak Mukhriz.

Ikuti kisah mereka dalam Telefilem Orang Gaji Ke 19 di TV2.

4 comments:

  1. Ada nmpk promo cerita ni tp malangnya anak³ conquer tv :D

    SELAMAT HARI RAYA Fiza 🌜⭐

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah anak anak conquer memang tak ada chance lah kan.

      Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.