Telefilem Bila Larut Malam Di TV2

Tonton Telefilem Bila Larut Malam, telemovie ulang siaran pada hari Selasa, 2 Mei 2023 pukul 9:00 malam di TV2. Telefilem Bila Larut Malam menampilkan lakonan Idris Khan, Afifah Nasir, Harith Haziq, Fadilah Mandor, Wanns Ahmad dan ramai lagi.

TELEFILEM BILA LARUT MALAM

Waktu siaran : Selasa, 2 Mei, pukul 9:30 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : RTM TV2, astro (CH102), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Pengarah : Othman Hafsham
Produksi : Cinematics Sdn. Bhd.

telefilem bila larut malam full movie

PELAKON

Idris Khan, Afifah Nasir, Harith Haziq, Fadilah Mansor, Zafran, Manis Azman, Wanns Ahmad dan ramai lagi.

SINOPSIS BILA LARUT MALAM

Telefilem Bila Larut Malam mengisahkan tentang Nordin, seorang peronda lebuhraya berdepan dengan trauma apabila isterinya Julia maut dalam kemalangan jalan raya. Anaknya Ryan selamat namun cedera parah dan memerlukan kos rawatan yang mahal. 

Sejak dari itu, pelbagai bayangan pelik mengenai isterinya muncul di fikiran Nordin. Lebuhraya menjadi satu laluan sukar buat Nordin tetapi memandangkan anaknya yang memerlukan perbelanjaan yang besar, Nordin meneruskan kerjayanya sebagai peronda lebuhraya. 

Mampukah Nordin terus bertahan demi insan disayanginya? Saksikan kesudahan Bila Larut Malam di TV2.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.