Selamat Hari Belia Negara (HBN) 2023 #INIMASAKITA

15 Mei merupakan Hari Belia Negara (HBN) yang disambut setiap tahun. Tarikh Hari Belia Negara (HBN) 2023 disambut pada hari Isnin, 15 Mei 2023. Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2023, salah satu program utama Kementerian Belia dan Sukan.

Hari Belia Negara (HBN)

Hari Belia Negara (HBN) disambut pada 15 Mei setiap tahun bagi meraikan serta mengiktiraf sumbangan para belia kepada negara. Hari Belia Negara juga merupakan satu pengiktirafan tertinggi negara kepada anak muda Malaysia. 

Sambutan Hari Belia Negara (HBN) yang pertama adalah pada tahun 1964 dimana ianya dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaras dengan penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Tahun ini, 2023 merupakan sambutan Hari Belia Negara (HBN) kali ke-59 sejak 1964. Hari Belia Negara (HBN) merupakan simbol kekuatan belia sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan dalam sambutan berkenaan kepada pemimpin dan pertubuhan belia yang banyak menabur bakti, menyumbang impak besar dan signifikan dalam masyarakat mahupun negara.

Menurut MyCensus 2020, 45.5% dari jumlah penduduk Malaysia adalah terdiri daripada golongan belia.

Selamat Hari Belia Negara HBN 2023
sumber : Artortoise

Sambutan Hari Belia Negara 2023 #INIMASAKITA

Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2023 peringkat kebangsaan akan berlangsung pada hari Ahad, 28 Mei 2023 bertempat di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan. YAB Perdana Menteri akan hadir merasmikan sambutan ini.

Sambutan Hari Belia Negara 2023
Sumber : Majlis Belia Negara

Sambutan Hari Belia Negara dapat mengingatkan anak muda dan belia akan pentingnya keberadaan mereka dalam usaha melakar pembangunan negara

Selamat Hari Belia Negara. Teruslah menjadi kebanggaan dan harapan negara Malaysia yang tercinta. Ini Masa Kita!

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.