Fail Mahkamah Di TV3

Fail Mahkamah, sebuah program dokumentari terbaharu TV3 bersiaran mulai 17 Mei 2023, setiap hari Rabu pada pukul 9.00 malam di TV3. Fail Mahkamah mengimbas kembali kronologi kes-kes yang tragik, sensasi dan berprofil tinggi yang pernah mendapat perhatian dan liputan meluas media suatu ketika dahulu.

Kes-kes ini akan disajikan kepada penonton dimana Malaysia pernah dikejutkan dengan kes-kes tragik yang menyayat hati rakyat Malaysia. Secara tidak langsung ia memberi impak yang besar terhadap negara serta pengajaran bahawa pelbagai tragedi boleh berlaku tanpa diduga.

Setiap episod akan memberi tumpuan kepada kes tertentu seperti kes syariah, kes bertaraf antarabangsa dan kes siasatan jenayah yang tidak dapat diselesaikan menerusi temu bual dengan ulasan pakar bertujuan untuk memberikan gambaran secara menyeluruh. 

Antara kes-kes yang bakal dibicarakan adalah kes Sosilawati, Nurin Jazlin, Sharlinie, Canny Ong, Suzaily Mokhtar dan tragedi yang menyayat hati seperti insiden Highland Tower dan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

PROGRAM FAIL MAHKAMAH

Mula siaran : 17 Mei 2023
Waktu siaran : Rabu, 9.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV3, astro (CH103), Tonton

Fail Mahkamah Di TV3
sumber : tonton dan TV3
Program Fail Mahkamah akan memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang beberapa prosiding dari perspektif undang-undang tentang kes-kes yang sensasi dalam sejarah di Malaysia yang pernah dibicarakan.

Fail Mahkamah turut menampilkan laporan atau status terkini daripada Mahkamah Keadilan khas untuk penonton. Kes yang mengimbas kembali suasana bilik mahkamah akan menjadi lebih menarik dengan laporan khas di mana wartawan perlu turun padang untuk meninjau semula kes yang telah diselesaikan.

Penyiasatan jenayah dan tragedi yang popular ini ditunjukkan dengan infografik yang menarik bagi memudahkan lagi penonton untuk memahami. Saksikan Fail Mahkamah setiap hari Rabu, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim langsung menerusi platform Tonton dan Xtra.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.