Starbucks Pink Gradient Cold Cup With Tumbler Bag

Bermula 21 februari, Starbucks keluarkan Spring In Bloom Collection Merchandise bertemakan bunga sakura. Aduh, tak tahan tengok Spring In Bloom serba pink semuanya. Ada beberapa items terselit warna purple. Menarik juga gradient warna pink dan purple.

Rambang mata nak pilih, itu cantik ini cantik. Sudahnya saya beli Pink Gradient cold cup with Tumbler Bag (24oz) tambah koleksi cold cup 24oz. Sebelum ni ada juga keluaran koleksi cold cup edisi valentine day tapi kurang menarik mata saya walaupun ada pink. Design kurang menarik sikit.

Tapi kali ni sangat tertarik. Ada satu pun cukuplah. Ikutkan nak beli 2 lagi berlainan jenis. Tapi itulah, bajet tak berapa rancak. Beli cold cup je lah dulu. Berkenan sebab ada tumbler bag tu. Senanglah kan nak bawa cawan ke sana ke mari tak perlu pegang. Bimbit lebih mudah gitu.

Starbucks Pink Gradient Cold Cup With Tumbler Bag

Spring In Bloom Collection
Pink Gradient Cold Cup with Tumbler Bag (24oz)
Let the good times bloom in a beautiful range of cherry blossom collection.
- Double wall cold cup with big capacity for hydration needs and easy to wash
- Smooth flat lid with straw in pink
- Comes with a transparent tumbler bag with siren logo and adjustable strap
- Materials: SAN body and lid, PolyPropylene straw and TPU bag

Cold cup dia sangat simple ye. Tak ada hiasan bunga sakura ke apa. Kalau ada hiasan bunga sakura lagilah cantik mencerminkan tema cherry blossom gitu. Sekadar hanya tulisan Starbucks sahaja. Ada pink tu kira mengikut tema juga lah kan.

Starbucks Pink Gradient Cold Cup With Tumbler Bag

Tumbler bag menarik ada gradient pink dan adjustable strap. Koleksi merchandise Starbucks ni mana yang cantik mesti cepat habis. Mula-mula pergi Starbucks DT Seremban tak ada cold cup yang saya nak tu. Hanya ini je yang ada.

Starbucks Spring In Bloom Collection

Sudahnya dapat beli di MyTOWN KL nun jauh disana. Kebetulan pergi situ, jadi beli lah sekali. Harap dapat belilah juga Shakable cherry glitters dan Pink & purple stainless steel cold cup with extra lid. Ada dua lid tu yang menarik. Boleh guna lid biasa atau straw. 

Ini kalau Blogger Sunah Sakura nampak, mesti rambang mata nak pilih juga kan.

4 comments:

  1. Aiisssshhhh cantiiiiknyaaa ,ada strap tuh yg bikin menarik 😍😍😍😍. Saya sebenarnya bukan kolektor strbx tumbler kak, tapi suka melihat2 Tumbler macam nih, dan biasanya saya jual ke teman2 🤣. Mereka pun kalo tahu saya nak traveling, ke mana2 negara, pasti minta cari strbx tumbler 😄. Ini jualan yg paling laku sih tiap kali traveling 😁. Semoga aja Juli saya ke Malaysia ada model lain yg lebih menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada strap tu yang ramai suka ramai beli. Kira jadi personal shopper lah ni. Bagus juga tu sambil-sambil travel kan. Tambah duit poket :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.