Semakan Keputusan Permohonan SBP 2023 Tingkatan 1 & 4

Tarikh semakan keputusan permohonan tawaran kemasukan SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), SEKOLAH MENNGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) dan juga sekolah khusus seperti SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT), KOLEJ VOKASIONAL (KV) dan MAKTAB TENTERA DIRAJA MALAYSIA (MTD) pada 17 Mac 2023.

Ibu bapa atau pelajar boleh membuat semakan mulai pada 17 Mac 2023 sehingga 2 April 2023. 17 Mac 2023 adalah tarikh terkini semakan SBP sesi 2023 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Tarikh Semakan SBP 2023 (Sekolah Khusus)

Ibu bapa atau pelajar boleh membuat semakan permohonan tawaran kemasukan SBP/SMKA/SMT/KV/MTD tingkatan 1 & 4 2023 bermula pada :
Tarikh : 17 Mac 2023 – 2 April 2023

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa :
a) Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
b) Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus

Semakan Keputusan Permohonan SBP 2023 Tingkatan 1 & 4

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2023 KEMASUKAN TINGKATAN 1 & 4

Bagi semakan SBP Tingkatan 1
Sila layari pautan berikut : https://spskt1.moe.gov.my/

Untuk semakan SBP Tingkatan 4
Sila layari pautan berikut  : https://spskt4.moe.gov.my/

Nota : Dinasihatkan kepada pelajar yang berjaya dan menerima tawaran belajar ke sekolah khusus untuk mencetak surat tawaran dan melampirkan dokumen yang diperlukan seperti yang terkandung dalam lampiran surat tawaran.

Kegagalan pelajar berbuat demikian boleh menyebabkan permohonan pendaftran tidak akan di proses dan pihak sekolah berhak untuk menarik semua tawaran yang diberikan.

Rayuan Permohonan SBP 2023 Tingkatan 1 & 4

Bagi pelajar yang mendapat keputusan tidak berjaya masih boleh membuat permohonan rayuan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui sistem online e-Rayuan iaitu :
Tingkatan satu : https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan empat : https://spskt4.moe.gov.my

Untuk permohonan rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik, boleh terus hadir ke Pejabat Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berhampiran. Tiada permohonan rayuan untuk kemasukan Maktab Tentera DiRaja.

Tarikh Pendaftaran Pelajar SBP Tingkatan 1 & 4

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada bulan April 2023 yang akan diberitahu kelak.

Soalan Lazim 

Apakah tindakan selanjutnya yang perlu dibuat sekiranya pelajar mendapat tawaran ke SBP/SMKA?
• Pelajar dikehendaki mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
• Semua permohonan hendaklah dilengkapkan dengan sempurna dan diserahkan kepada pihak sekolah pada hari pendaftaran.
• Jika maklumat tidak lengkap/palsu, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftar/menolak pendaftaran.

Bilakah e-rayuan dibuka?
E-rayuan akan dibuka pada tarikh sama semakan permohonan di keluarkan.

Jika saya memohon SBP, bagaimana saya boleh membatalkannya kerana saya ingin memohon MRSM?
Pelajar boleh memaklumkan kepada Jabatan melalui surat yang menunjukkan pembatalan permohonan kepada SBP. Sekiranya tawaran telah dibuat, pelajar boleh menolaknya dan menghantar membuat permohonan ke MRSM. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar telah membuat penolakan, pelajar tidak lagi akan ditawarkan kemasukan SBP/SMKA dan rayuan tidak akan dipertimbangkan

Benarkah seseorang pelajar hanya diberi satu tempat di SBP atau MRSM?
Ya. Setiap pelajar hanya akan menerima satu permohonan daripada KPM atau MARA. Walau bagaimanapun, pelajar masih mempunyai pilihan untuk ditawarkan ke MRSM sekiranya pelajar menolak tawaran SB

Bolehkah pelajar menukar kursus/aliran?
Tidak

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai semakan SBP 2023, boleh hubungi di talian 03-8884 6456 atau e-melkan kepada adukpm@moe.gov.my

SEKOLAH BERASRAMA PENUH

SBP (SAINS)
Pelaksanaan kurikulum di SBP (Sains) adalah untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Murid juga digalakkan untuk meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum sedia ada.

SBP (Sains) ini menawarkan mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Murid juga akan mengikuti mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Geografi, Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk dan Teknologi. Disamping itu, murid juga akan wajib mengikuti satu (1) mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis dan Bahasa Korea yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. SMKA telah berkembang kepada 61 buah SMKA pada tahun 2022.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. 

Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baharu.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha Pemodenan Sistem Pendidikan Negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. 

Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato' Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato' Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. 

Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Kebanyakan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. 

Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.