Telefilem Saat Hilang Cintamu Di TV3 Berdasarkan Kisah Benar

Telefilem Saat Hilang Cintamu Cerekarama TV3 berdasarkan kisah benar bersiaran pada hari Sabtu, 25 Mac 2023 pukul 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3 menampilkan pelakon Zamarul Hisham, Rita Nadira,  Malek Mccrone, Kash Haiqal, Dania Miazara, Fendi London dan ramai lagi.

Juga boleh tonton Telefilem Saat Hilang Cintamu live streaming online di laman web tonton atau xtra. 

Dikatakan Razil yang sebenar telah berusia 70 tahun lebih dan menetap di Perlis. Penonton memuji lakonan hebat Zamarul Hisham membawakan watak sebagai Razil. 

TELEFILEM SAAT HILANG CINTAMU

Waktu Siaran : Sabtu, 25 Mac 2023, pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3 
Idea Asal : Halmey Hamdah
Penulis skrip : Lee Chonz
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

telefilem saat hilang cintamu full movie tv3 online

BARISAN PELAKON SAAT HILANG CINTAMU

Zamarul Hisham, Rita Nadira, Malek Mccrone, Kashfi Haiqal, Dania Miazara, Abbas Mahmood
Noor Hanan Hassan, Nurul Aida Othman, Iman Aneesa dan ramai lagi.

WATAK PELAKON SAAT HILANG CINTAMU

Zamarul Hisham sebagai Razil
Rita Nadira sebagai Salina
Abbas Mahmood sebagai Kamal
Malek Mccrone sebagai Hadi/ Dr. Hadi (Pakar Kaunselor)
Nur Dania Miazara sebagai Iqa 12 tahun (Kakak)
Kashfi Haiqal Zamarul sebagai Rozan 10 tahun (Adik)
Nur Ramadhania Abdul Nazrul sebagai Iqa 5 tahun (Kakak)
Adam Adrian Arizal sebagai Rozan 4 tahun (Adik)
Noor Hanan Hassan sebagai Mak Salina
Nurul Aida Othman sebagai Norma
Iman Aneesa sebagai Mas
Muhamad Jafri Hadith sebagai Dato' Adli
Intan sebagai Datin

SINOPSIS TELEFILEM SAAT HILANG CINTAMU

Salina seorang pelajar yang cemerlang dalam SPM. Razil pula seorang pemuda yang berusia dan bekerja di kampung. Walaupun jarak usia agak jauh, tapi mereka suka sama suka. Selepas SPM Salina menerima lamaran Razil dan berkahwin. Mereka mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan.

Emak Salina tidak menyukai Razil kerana menyebabkan anaknya itu tidak bekerja dan risau jika Razil meninggal dunia, anaknya tidak mempunyai apa-apa duit simpanan. Disebabkan itu, Salina berkeras untuk bekerja.

Razil merupakan seorang suami yang setia menyayangi isterinya Salina dan menjadi penyokong utamanya. Dia mencarikan kerja untuk Salina. Namun, hubungan mereka mula renggang apabila Salina terpengaruh dengan kata-kata rakan sekerjanya yang memperlekehkan dan mengaibkan suaminya.

Salina mula rapat dengan rakan sepejabatnya bernama Kamal sehingga menimbulkan gossip di pejabat. Salina mendapatkan perkhidmatan nasihat kaunseling Hadi. Hadi merupakan pakar kaunselor Dato' Adli bos kepada Salina dan Kamal. Hadi juga telah memberitahu pada bos. Apabila bos dapat tahu hal tersebut, Kamal dipindahkan ke cawangan lain.

Salina mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggal bersama ibunya. Dia seperti tawar hati dengan Razil. Dalam pada masa yang sama, dia telah jatuh hati dengan Hadi. Walaupun emak Salina tak menyukai Razil tapi dia tetap juga menasihati Salina supaya pulang ke rumah bersama suami dan anak-anaknya.

Salina mula hanyut dengan perasaannya terhadap Hadi sampai membawa ke bilik hotel. Mereka berdua telah ditangkap khalwat oleh pejabat agama. Razil sangat sakit hati dan bersedih dengan apa yang berlaku. Walaupun rasa itu terlalu sakit, dia maafkan Salina atas apa yang berlaku.

Tapi Salina masih meminta untuk diceraikan. Dia sudah bosan dengan kehidupannya bersama Razil dan tak sanggup hidup bersama Razil lagi. Salina ingin berkahwin dengan Hadi.

Disebabkan kehendak Salina itu, Razil menceraikan Salina dengan  bersyarat. Syaratnya mereka berdua kena tinggal di rumah itu supaya anak-anak tidak berjauhan dengan Salina. Kedua, Razil akan menetap di pondok kecil tepi rumah mereka supaya dia tak berjauhan dengan anak-anaknya.

Salina bahagia dengan kehidupannya yang baru. Salina juga telah mengandung. Razil hanya mampu memerhatikan kehidupan mereka dari jauh.

Satu hari Hadi pulang ke rumahnya di bandar, rupanya Hadi telah pun berkahwin dan memiliki anak. Salina merupakan isteri keduanya. Bila Salina dapat tahu, dia rasa tertipu dan meluru keluar. Hadi mengejar dan kedua-dua ditimpa kemalangan.

Hadi meninggal dunia. Salina cedera teruk dan terlantar sakit di rumah. Salina menyesali segala perbuatannya. Dia rasa betapa bodohnya dia tewas dengan godaan syaitan. Betapa setianya Razil sanggup menjaga Salina.

Emak Salina menyarankan Razil untuk berkahwin semula dengan Salina. Razil bersetuju berkahwin semula dengan Salina. Tapi belum sempat melafazkan akad, Salina telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Salina meninggal dua sebelum sempat menjadi isteri Razil untuk kali kedua.

Walaupun berpuluh tahun berlalu, cinta Razil terhadap Salina tak pernah pudar. Begitulah setianya Razil.


4 comments:

  1. Berair mata jgk la tonton drama ni. Memang feeling sangat2 . Wlwpun dh bcerai tetap bt pondok kecil demi nk tgk anak2 besar depan mata .. Sedih sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu betapa setianya dia sebagai suami dan ayah yang bertanggungjawab. Memang sedih ceritanya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.