Lirik Lagu Vanessa Reynauld - Andai Itu Takdirnya (OST Andai Itu Takdirnya)

Penyanyi Vanessa Reynauld yang popular membawa lagu berentak balada bernada tinggi tampil dengan lagu terbarunya iaitu Andai Itu Takdirnya. Lagu Andai Itu Takdirnya nyanyian Vanessa Reynauld ini turut merupakan lagu tema Drama Andai Itu Takdirnya lakonan Shukri Yahaya dan Hannah Delisha. Selari tajuk lagu dan tajuk drama.

Lagu Andai Itu Takdirnya terkandung elemen sedih dan bersesuaian dengan Drama Andai Itu Takdirnya dimana liriknya ditulis oleh penulis novel Siti Rosmizah dan komposernya Ejai Aziz dan Kelana.

Lirik Lagu Vanessa Reynauld Andai Itu Takdirnya

Lirik Lagu Andai Itu Takdirnya (OST Andai Itu Takdirnya) - Vanessa Reynauld 

Tajuk lagu : Andai Itu Takdirnya
Penyanyi : Vanessa Reynauld
Komposer : Ejai Aziz & Kelana 
Penulis lirik : Siti Rosmizah

Saat cinta berbisik dihatiku.. 
Ku bagai purnama merindu.. 
Hadirmu membawa cahaya.. 
Yang menyinari hidupku.. 

Ku beri kau segunung cinta.. 
Ku mendambakan kasihmu.. 
Namun sayang cintamu rapuh.. 
Berterbangan bagai debu.. 

Ya Tuhan...diriku terseksa... 
Kuatkan daku dengan takdirMu.. 

Mengapa cinta ini di dusta.. 
Tiada nilai dimatanya.. 
Kau titip racun berbisa.. 
Ku kecewa... 

Sudah kering air mata.. 
Ku menangisi..oh.. takdir cinta.. 
Andai itu Takdirnya... 
Aku redha.. 

Hati ku ini... 
Luka lara... 

Ya Tuhan... diriku terseksa.. 
Kuatkan daku dengan takdirMu.. 

Mengapa cinta ini didusta.. 
Tiada nilai dimatanya.. 
Kau titip racun berbisa.. 
Ku kecewa... 

Sudah kering air mata.. 
Ku menangisi oh.. takdir cinta.. 
Andai itu..Takdirnya.. 
Aku redha..oh Tuhan 

Hati ku ini luka lara 
Andai itu Takdirnya 
Aku redha...(tukar jadi nada rendah aku redha)

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.