Filem Zaara Di Pawagam 29 Disember 2022

Tonton Filem Zaara di pawagam bermula 29 Disember 2022. Filem Zaara sebuah filem seram komedi arahan Roy dibintangi pelakon Kamal Adli, Atikah Suhaime, AC Mizal, Arin Raja Lawak, Syaiful Zero, Rykarl Iskandar, Adam Shahz, Azlan Komeng, Pak Ya Sepahtu dan ramai lagi.

FILEM ZAARA

Tarikh Tayangan : 29 Disember 2022
Penulis skrip : Epy Kodiang
Pengarah : Roy
Produksi : JROI Global Film Sdn. Bhd. & Redfiress Film Production
Genre : Seram, Thriller

filem zaara di pawagam 29 disember 2022
Filem Zaara, filem arahan Roy 

PELAKON

AC Mizal
Kamal Adli
Atikah Suhaimie
Syaiful Zero
Azlan Komeng
Wang Gegau
Ain Awok
Azlee Senario
Adam Shahz
Aril RL
Pak Ya Sepahtu

SINOPSIS FILEM ZAARA

Remy seorang anak muda lingkungan 20 yang kacak dan kelakar orangnya, seorang yang gemar dalam perlumbaan kereta dan mempunyai keluarga dan kawan yang penyayang. Tetapi mempunyai satu masalah yang sangat pelik iaitu dia seorang yang penakut pada hantu. 

Ketakutannya pada hantu sangat kritikal, sehingga tidak boleh keluar pada waktu malam. Dia juga sering tidur bersama mak dan ayahnya kerana terlalu takut hantu.

Kisah bermula apabila Remy terjumpa Maya pada suatu hari di sebuah autoshow kereta dan Remy mula jatuh cinta pandang pertama. Maya dan Budi sudah mengenali antara satu sama lain, Remy meminta bantuan Budi untuk kenalkan Maya dengannya. 

Akhirnya dengan bantuan Budi, Remy berjaya berkenalan dengan Maya. Budi terpaksa rasiakan masalah Remy daripada Maya kerana Remy takut untuk keluar pada waktu malam, hal itu menyebabkan berlaku masalah pada Remy yang malu untuk menceritakan masalahnya pada Maya.

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.