Siaran Langsung Vietnam Vs Malaysia Piala AFF 2022

Saksikan siaran lansung (live) Perlawanan Vietnam vs Malaysia disiarkan di saluran 802 sukan Astro Arena 2 seawal pukul 8:00 malam dan RTM TV2 pukul 8:45malam bermula dengan rancangan pra-perlawanan. Juga boleh tonton live streaming Vietnam vs Malaysia di platform Sooka, RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.

Vietnam vs Malaysia merupakan perlawanan ketiga peringkat kumpulan B saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang membabitkan pasukan Malaysia Harimau Malaya menentang pasukan Vietnam yang berlangsung pada hari Selasa, 27 Disember 2022 di Stadium My Dinh, Hanoi.


PIALA MITSUBISHI ELECTRIC AFF 2022

Vietnam vs Malaysia
Tarikh perlawanan : Selasa, 27 Disember 2022
Waktu siaran lansung : 8:30 malam
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM TV2, RTM Klik, Sooka
Venue : Stadium My Dinh, Hanoi

siaran langsung vietnam vs malaysia piala aff 2022
sumber : FAMalaysia

Keputusan penuh perlawanan Vietnam vs Malaysia
FT : Vietnam (3) - (0) Malaysia
 Nguyễn Tiến Minh 28'
🟥 Nguyễn Văn Toàn 32'
 Que Ngoc Hai 64’ (P)
🟥 Azam Azmi 62'
 Nguyễn Hoàng Đức 83'

Berdasarkan ranking terkini daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia [FIFA], pasukan Malaysia berada dikedudukan ke-145 dunia manakala pasukan Laos di ranking ke-96 dunia.

Diharapkan skuad Harimau Malaya memperoleh kemenangan ketiga peringkat kumpulan B untuk melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir bagi meneruskan cabaran memburu kejuaraan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Ulasan Perlawanan Vietnam (3) -(0) Malaysia
HANOI, 27 Disember - Skuad Harimau Malaya mengalami kekalahan pertama dalam aksi kumpulan B selepas tumpas 0-3 kepada tuan rumah, Vietnam.
Perlawanan yang belangsung di Stadium My Dinh, Hanoi malam tadi turut menyaksikan kedua-dua pasukan hilang seorang pemain akibat dilayang kad merah.
Vietnam meraih gol pembukaan pada minit ke-28 menerusi tandukan Nguyen Thien Linh hasil sepakan sudut.
Juara dua kali itu kemudian terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Nguyen Van Toan menerima kad kuning kedua kerana mengasari Dominic Tan pada minit ke-32.
Bagaimanapun situasi itu tidak meruntuhkan moral tuan rumah apabila meledak dua gol lagi pada babak kedua.
Skuad kendalian Park Hang Seo menambah gol selepas dihadiahkan sepakan penalti kontroversi yang menyaksikan pemain pertahanan negara, Azam Azmi dibuang padang pada minit ke-62.
Que Ngoc Hai tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut sebelum jaringan Nguyen Huang Duc minit ke-83 melengkapkan kemenangan Vietnam.
Kemenangan itu membolehkan Vietnam merampas kedudukan pendahulu Kumpulan B dengan mengumpul enam mata selepas dua perlawanan.
Malaysia dan Singapura yang juga mengumpul 6 mata berada di kedudukan kedua dan ketiga berikutan perbezaan jaringan. Singapura akan menentang Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 3 Januari depan.—RTM

4 comments:

  1. sesi mengecam pengadil jepun tak habis lagi smpi laa ni haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koyak terus reff tu sampai up ig story minta jangan dikecam.

      Delete
  2. La.. ada sesi mengecam pengadil ke.. ish ish..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.