Jadual Perlawanan Siaran Lansung Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Waktu Malaysia

Pusingan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 telah pun tamat. 4 pasukan terkuat iaitu Croatia, Argentina, Morocco dan France telah berjaya layak ke pusingan Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang akan berlansung pada hari Rabu, 14 Disember 2022 selepas perlawanan rehat 3 hari.

Pusingan Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Dalam pusingan separuh akhir Piala Dunia FIFA Qatar (FIFA World Cup Qatar 2022™) akan melibatkan 2 perlawanan, 4 pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir. 

Pasukan Croatia berjaya menumpaskan juara 5 kali Brazil dalam aksi penentuan sepakan penalti. Begitu juga dengan Argentina berjaya mengalahkan Netherlands dalam penentuan sepakan penalti. Dua dua perlawanan suku akhir membawa kepada perlawanan tambah masa dan juga sepakan penalti.

tonton siaran lansung separuh akhir piala dunia fifa qatar 2022
Croatia, Argentina, Morocco dan France ke Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Pasukan Morocco membuat kejutan apa berjaya layak ke Separuh Akhir. Morocco satu-satunya pasukan dari negara Afrika yang berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir menewaskan Portugal dengan jaringan gol 1-0. 

England juga terpaksa akur dan pulang awal apabila tewas kepada France, penyandang Juara Piala Dunia 2018. Yang penting, Olivier Giroud performs dan jaringkan gol ya.

Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 melibatkan dua stadium iaitu Stadium Lusail Iconic dan Al Bayt. FIFA juga mengumumkan bola sepak rasmi terbaru untuk pusingan Separuh Akhir dan Final iaitu 'Al Hilm' bagi menggantikan 'Al Rihla' bola sepak yang digunakan sebelum ini.

Pusingan Separuh Akhir yang dijadualkan berakhir pada hari Khamis, 15 Disember 2022. Kemudian perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada hari Sabtu, 17 Disember 2022 selepas perlawanan rehat sehari.

Tonton perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 secara langsung menerusi saluran Astro, Astro Go dan RTM (rtmklik.rtm.gov.my) selaku penyiar rasmi  FIFA World Cup Qatar 2022.

Semak jadual perlawanan siaran lansung Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 di bawah.

Jadual Perlawanan Siaran Lansung Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Waktu Malaysia

Pusingan Separuh Akhir

Rabu, 14 Disember 2022
FT : Argentina (3) - (0) Croatia
Lionel Messi 34' (P)
Julian Alvarez 39', 69'
Waktu siaran : 3:00AM
Tayangan : TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Venue : Stadium Lusail Iconic

Khamis, 15 Disember 2022
FT : France (2) - (0) Morocco
Theo Hernández 5'
Randai Kolo Muani 79'
Waktu siaran : 3:00AM
Saluran TV : TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Venue : Stadium Al Bayt

Sabtu, 17 Disember 2022
Penentuan tempat ketiga dan keempat
FT : Croatia (2) - (1) Morocco
 Joško Gvardiol 7'
 Mislav Oršić 42'
 Achraf Dari 9'
Waktu siaran : 11:00PM
Siaran TV : TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Venue : Stadium Khalifa International di Doha

Final Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Ahad, 18 Disember 2022
AET : Argentina (3)(P:4) - (3)(P:2) France
  Lionel Messi 23' (P), 108' 
  Angel Di María 36' 
  Kylian Mbappe 80' (P), 81', 118' (P)
Waktu siaran : 11:00PM
Siaran TV : TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Venue : Lusail Stadium

Pasukan manakah yang akan layak mara ke Final Piala Dunia FIFA Qatar 2022? Adakah France akan menyandang Juara sekali lagi? Adakah Morocco akan meneruskan cemerlang menang melawan France? Mungkin juga Croatia berjaya menewaskan pasukan yang mempunyai pemain terbaik, Lionel Messi? Atau Argentina berjaya mara ke Final bersama France. Kita nantikan kejutan-kejutan aksi Piala Dunia 2022.


6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.