Telefilem Raudhah Autisme (TV Okey)

Tonton Telefilem Raudhah Austisme di TV Okey pada hari Ahad, pukul 2:30 petang dibintangi pelakon Izzy Reef, Dynas Mokhtar, Zamarul Hisham dan ramai lagi. 

tonton telefilem raudhah autisme tv okey online
Raudhah Autisme arahan Khairul Anuar Bin Mat Noor

TELEFILEM RAUDHAH AUTISME

Waktu Siaran : Ahad, 4 Disember 2022, 2:30 petang
Siaran TV : TV Okey, Astro 146, myFreeview 110, RTM Klik
Penulis skrip : Abdul Nasir bin Abdul Khalil
Pengarah : Khairul Anuar Mat Noor
Produksi : Wibarisma Sdn. Bhd.

PELAKON TELEFILEM RAUDHAH AUTISME

  • Izzy Reef
  • Dynas Mokhtar
  • Zamarul Hisham
  • Sharifah Sofea
  • Syainie Aida
  • Mhia Farhana
  • Farah Ahmad
  • Nur Kasseh Kishreeena

SINOPSIS TELEFILEM RAUDHAH AUTISME

Mengisahkan tentang Zairul, seorang anak istimewa (autisme) disayangi oleh ibunya, namun berbeza pula dengan bapanya iaitu Fairuz yang tidak dapat menerima kekurangan Zairul.

Zairul bekerja di sebuah kafe dan pada suatu hari dia dituduh mencuri duit kepunyaan kafe tersebut sehingga membuatkan hubungan Zairul dengan ayahnya semakin teruk. 

Siapakah yang mencuri duit tersebut?
Adakah Fairuz akan menerima kekurangan anaknya nanti?

Tonton kesudahan Telefilem Raudhah Autisme di TV Okey.

6 comments:

  1. semoga lebih byk cerita camni. skrg makin ramai anak yg mengalam autism. kita kena lebih memahami karenah mereka

    ReplyDelete
  2. kesiannya zairul...siapalah yg buat khianat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je orang yang dengki dan ambil kesempatan atas kekurangan orang lain kan.

      Delete
  3. Bagus juga pendedahan melalui drama macam ini.. semoga lebih banyak lagi drama sebegini..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.