Filem Mechamato Movie Di Pawagam 8 Disember 2022

Filem Mechamato Movie release date in Malaysia pada 8 Disember 2022 di pawagam seluruh Malaysia dan juga Brunei. Mechamato Movie, sebuah filem animasi superhero tempatan terbitan bersama Monsta & Astro Shaw.

Mechamato Movie berlatarkan sebuah bandar fiksyen yang diinspirasikan daripada Bandar Hilir, Melaka Malaysia. Secara tidak lansung, dalam pada masa yang sama filem ini menampilkan tentang keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan yang digabungkan dengan elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa.

Filem Mechamato Movie mengisahkan tentang Amato, bapa kepada BoBoiBoy yang secara tidak sengaja bertemu dengan MechaBot. MechaBot adalah sebuah ‘Power Sphera’ yang berkebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Mechamato bakal berhadapan dengan alien jahat iaitu Grakakus, yang ingin merampas MechaBot dari tangan Amato. 

Apakah muslihat yang dirancang oleh Grakakus? 
Mampukah adiwira baharu Mechamato menghalang ancaman Grakakus?

FILEM MECHAMATO MOVIE

Tarikh Tayangan : 8 Disember 2022
Pengarah : Nizam Abd Razak
Produksi : Monsta & Astro Shaw
Genre : Animasi / Superhero

tonton mechamato movie full movie online
Mechamato Movie mula ditayangkan apda 8 Disember 2022 di pawagam

PELAKON

Armand Ezra
Adzlan Nazir
Ielham Iskandar
Marissa Balqis

SINOPSIS FILEM MECHAMATO MOVIE

Apabila sebuah kapal angkasa misteri terhempas di bumi, seorang pemuda bernama Amato bertemu dengan robot berkuasa iaitu MechaBot.

Dengan mengakali MechaBot dan menjadi tuannya, Amato kini boleh menggunakan kuasa unik MechaBot yang membolehkannya untuk Mechanize objek-objek biasa menjadi peralatan yang canggih. 

Tetapi tanpa pengetahuan mereka, MechaBot sedang diburu oleh alien sibernetik yang bergelar Grakakus.

LAGU TEMA (OST) FILEM MECHAMATO MOVIE

Tajuk lagu : Temaniku
Penyanyi : Yonnyboii

10 comments:

  1. Pia dari movie ni belum keluar lagi dia dah duk ajak pergi nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat betul dia nak tengok mechamato. Pasni boleh tengok kat wayang.

      Delete
  2. Tak sabar nak tengok. Rasanya boleh kalahkan kutipan Mat Kilau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi jugak tu. Trending juga movie ni...Jangan lupa tengok nanti Sal.

      Delete
  3. Dah booking awal dah tiketnya.. Hadiah untuk anak-anak.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. X sabar nk tgk besok... awal lg dh husb beli tiket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti seronok masing masing dapat tengok awal. Selamat enjoy the movie KakMim and family :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.