Drama Kerana Cinta Itu Ada (TV3)

Tonton Drama Kerana Cinta Itu Ada bersiaran pada setiap hari Isnin-Jumaat, pukul 7:00 malam bermula 28 Disember 2022 di Slot Akasia TV3.

Drama Kerana Cinta Itu Ada merupakan sebuah drama adaptasi novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea dibintangi gandingan pelakon  Aedy Ashraf dan Nabila Razali, terbitan Global Station dan diarahkan oleh Azri Izhar. 

DRAMA KERANA CINTA ITU ADA

Mula siaran : 28 Disember 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, pukul 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis skrip : Sophilea & Zarihah Hassan
Pengarah : Azri Izhar
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

tonton drama kerana cinta itu ada tv3 online
Drama kerana cinta itu ada gandingan Aedy Ashraf dan Nabila Razali

PELAKON DAN WATAK

  • Aedy Ashraf sebagai Aisy
  • Nabila Razali sebagai Bella
  • Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
  • Syazuwan Hassan sebagai Zafran
  • Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia
  • Alvin Chong sebagai Rayyan
  • Husna Mustaffa sebagai Aina
  • Anas Ridzuan sebagai Mamat
  • Saidah Kamarudin sebagai Yana
  • Raden Zaharatul
  • Edika Yusof
  • Mas Anizan
  • Dian P Ramlee
  • Shah Rezza
  • Syaffiq Sahli,
  • Najua Pramlee

SINOPSIS DRAMA KERANA CINTA ITU ADA

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya.

Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta.

Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.

Namun hubungan percintaan ini putus di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizal yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya.

Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri.

Dapatkah hubungan cinta mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan?

6 comments:

  1. Teringat lagu 'Pematah Hati'. Gimik diorang ni break up, padahal nak release lagu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah..Lagu tu lah bermulanya gimik dari NR setiap kali keluar single baru.

      Delete
  2. memang sesuai jadi pelakon ajelah NR ni. mungkin boleh lebarkan sayap menjadi host juga. Jadi penyanyi asyik kena kecam aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lakonan lagi menyerlah dari nyanyian kan. Okay je dia nyanyi cuma genre balada tu je lah struggle sikit untuk dia. Kesian asyik kena kecam je.

      Delete
  3. Lakaonan lagi menyerlah dari nyanyian buat Nabila ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.