Tonton Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Di RTM dan Astro

Tonton Perlawanan Siaran Lansung Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 (Final FIFA World Cup Qatar 2022™) Argentina bertemu France secara lansung melalui siaran RTM (TV2 dan TV Okey) dan Astro FWC 825, pukul 11:00 malam. Final Piala Dunia 2022 menyaksikan Argentina menentang France di Lusail Stadium.

SIARAN LANSUNG FINAL PIALA DUNIA FIFA QATAR 2022

AET : Argentina (3)(P:4) - (3)(P:2) France


  Lionel Messi 23' (P), 108'
  Angel Di María 36'
  Kylian Mbappe 80' (P), 81', 118' (P)
Waktu siaran : Ahad, 18 Disember 2022, pukul 11:00PM
Siaran TV : TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Venue : Lusail Stadium

Argentina 
Dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022, Argentina berjaya layak ke perlawanan akhir selepas menang bergaya 3-0 ke atas Croatia. Argentina menyumbangkan 2 gol daripada Julian Alvarez dan 1 gol sepakan penalti dari Lionel Messi.

Ini merupakan final keenam untuk Argentina dalam sejarah Piala Dunia. 2 Final dalam 3 Edisi Piala Dunia. Lionel Messi bakal memecah beberapa rekod baru termasuk dalam persaingan untuk merebut Kasut Emas.

Argentina vs France Final Piala Dunia FIFA Qatar 2022
Argentina vs France, Pasukan manakah yang dinobatkan Juara Piala Dunia FIFA Qatar 2022

France
France pula berjaya tewaskan Morocco 2-0 seterusnya layak mendapat tempat ke Final FIFA World Cup Qatar 2022 menentang Argentina. Mampukah France menjadi pasukan ketiga menjulang Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut?

Olivier Giroud, the most underrated striker all time. Setakat ini beliau telah menjaringkan 4 goal dalam Piala Dunia 2022 dan disenaraikan dalam top scorer.

Olivier Giroud juga boleh dikategorikan sebagai late bloomer kerana semasa berumur 21 tahun beliau baru dapat kontrak professional sebagai pemain bola sepak. Giroud mula mewakili France ketika berumur 25 tahun dan kini sudah menjadi all time top scorer untuk France.

Ramai tak sabar nak menunggu keputusan piala dunia 2022. Pasukan manakah yang akan dinobatkan sebagai Juara Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Sama-sama kita nantikan. Tak tahu nak sokong mana ni. Team Lionel Messi atau team Kylian Mbappé. Argentina ada Lionel Messi, France ada favourite player Olivier Giroud dan Antoine Griezmann.

Top Scorer World Cup 2022
• Kylian Mbappe - 5 goals
• Lionel Messi - 5 goals
• Olivier Giroud - 4 goals
• Julian Alvarez - 4 goals

Top Assist World Cup 2022
• Lionel Messi - 3 assist
• Antoine Griezmann - 3 assist
• Harry Kane - 3 assist
• Bruno Fernandes - 3 assist
 
Top Clean Sheets World Cup 2022
• Yassine Bounou - 3 clean sheets
• Jordan Pickford - 3 clean sheets
• Emiliano Martinez - 3 clean sheets

10 comments:

  1. Tak pastilah dapat tengok ke tak. Kedua-dua semi final pun saya tak terjaga. Haha

    ReplyDelete
  2. saya rasa malam esok kedai2 mamak full ni orang tengok final FIFA. siapalah yg menang agaknya, saingan sengitt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah semestinya laah..hehe..sengit betul saingan kali ni

      Delete
  3. Eh esok yaaa? Dah tak ikutin lagi lah world cup nih sejak jagoan kalah 🤣🤣. Tapi kalo final nih rasa2nya nak dukung France saja kak😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun begitu tapi itulah Juara milik Argentina.

      Delete
  4. I choose France..tapi Messi tak silap, last lah ni World Cup dia join...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Okaylah penutup piala dunia untuk Messi.

      Delete
  5. bertemu lagi 4 tahun akan datang @ Kanada, US & Mexico ;-)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.