Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK2022)

Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK2022) telah pun diumumkan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 yang berlansung secara virtual pada hari Khamis, 15 Disember 2022 pada pukul 9:00 malam. 

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022  disiarkan secara lansung menerusi saluran unifiTV 701, aplikasi unifi playTV, Youtube unifi dan facebook Live MFL.

Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK)

Anugerah Bolasepak Kebangsaan merupakan acara tahunan berprestij bola sepak tempatan yang diadakan bagi menghargai dan meraikan jurulatih, pemain dan pasukan terbaik dalam arena sukan bola sepak tempatan.

Pada edisi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 kali ini melibatkan 16 kategori anugerah yang dipertandingkan. Kategori yang paling dinantikan adalah Pemain Paling Bernilai (MVP) yang dipertahankan oleh pemain JDT, Arif Aiman Hanapi buat kali keduanya.

Bintang muda berumur 20 tahun itu berjaya mempertahankan gelaran MVP dimenangi musim lalu selepas mempamerkan persembahan cemerlang dan konsisten sepanjang musim ini bersama JDT dengan meledak lapan gol dan 16 bantuan jaringan.

Malaysia Football League (MFL) telah menyenaraikan 10 calon awal bagi setiap kategori pada November yang lalu. Kemudian dikurangkan 3 calon akhir sahaja.

anugerah bola sepak kebangsaan 2022
ABK2022

Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK2022)

Berikut senarai pemenang daripada 3 pemain terbaik bagi tujuh kategori dengan keputusan undian dibuat oleh 22 ketua jurulatih, 22 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier dan 22 wakil media.

Bagi kategori Gol Terbaik Liga Malaysia 2022, kategori baru dan juga Fan XI ditentukan berdasarkan undian para penyokong menerusi platform SurveyMonkey.

Penjaring Terbanyak Liga Super 2022
Bergson da Silva (JDT) - 29 gol

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022
Darren Lok (KL City) - 10 gol

Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022
Abu Kamara (Kuching City) - 11 gol

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022
Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC)
Daryl Sham (JDT II) - 9 gol

Penjaga Gol Terbaik
  • Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan) - Pemenang
  • Kalamullah Al-Hafiz (PJ City)
  • Rahadiazli Rahalim (Terengganu)

Pertahanan Terbaik
  • Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan)
  • La'vere Corbin- Ong (JDT)
  • Shahrul Saad (JDT) - Pemenang

Pemain Tengah Terbaik
  • Afiq Fazail (JDT) - Pemenang
  • Baddrol Bakhtiar (Sabah FC)
  • Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor)

Penyerang Terbaik
  • Arif Aiman Hanapi (JDT) - Pemenang
  • Darren Lok (PJ City)
  • Faisal Abdul Halim (Terengganu)

Jurulatih Terbaik
  • Bojan Hodak (KL City)
  • Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC)
  • Nafuzi Zain (Terengganu) - Pemenang

Pemain Muda Terbaik
  • Arif Aiman Hanapi (JDT) - Pemenang
  • Azam Azmi Murad (Terengganu)
  • Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor)

Pemain Import Terbaik
  • Bergson Da Silva (JDT) - Pemenang
  • Fernando Forestieri (JDT)
  • Paulo Josue (KL City)

Pasukan Terbaik
Johor Darul Ta'zim

Anugerah Fair Play
PJ City FC

Gol Terbaik Liga Malaysia 2022
Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor) 

Pemain Paling Bernilai (MVP)
Arif Aiman Hanapi (JDT)

Fan XI
7 pemain JDT
3 pemain Terengganu
1 pemain Negeri Sembilan
1 Ketua Jurulatih

Tahniah untuk semua pemenang. Tahun ni tahun JDT! Selain menjulang 4 piala dalam 1 musim, pemain JDT juga tampil cemerlang memenangi hadiah Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022.



2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.