Drama Cina Buta (Astro Ria)

Tonton Drama Cina Buta, drama melayu bersiri terbaharu slot MegaDrama Astro Ria mula bersiaran pada 15 Disember 2022, hari Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam di Slot MegaDrama saluran 104 Astro Ria dan strim di Astro Go!

Drama Cina Buta dibarisi pelakon Nad Zainal, Ungku Ismail Aziz, Aliff Aziz, Puteri Aishah dan ramai lagi. Sebelum ini, Drama Cina Buta yang sepatutnya dijadualkan tayangan bermula 9 November 2022 ditunda pada 15 Disember 2022.

drama cina buta
Drama Cina buta : Kisah talak 3

DRAMA CINA BUTA

Mula siaran : 9 November 2022
Waktu siaran : Isnin-Khamis, pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria
Penulis Skrip : Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat)
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat)
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.
Genre : Romantik komedi

PELAKON DAN WATAK

  • Nad Zainal sebagai Mia Sara
  • Ungku Ismail Aziz sebagai Sharnaz
  • Aliff Aziz sebagai Aliff
  • Puteri Aishah sebagai Habibah
  • Norreen Iman sebagai Norreen
  • Anas Ridzuan sebagai Ajis
  • Aman Aziz sebagai Umar
  • Didie Alias sebagai Puan Seri
  • Azhan Rani sebagai Tan Sri
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Ahmad Tungkik
  • Aman Aziz sebagai Umar

SINOPSIS DRAMA CINA BUTA

Mengisahkan tentang perceraian dan masalah-masalah rumah tangga dalam kalangan masyarakat masa kini. Drama ini adalah sebuah cerita tentang konsep ‘Cina Buta’ dalam perkahwinan Islam yang hukumnya adalah haram. Tapi ramai yang terdesak melakukannya hanya semata-mata mahu menyelamatkan sebuah perkahwinan.

Mereka pejam mata mengupah ‘Cina Buta’ gara-gara kesilapan sendiri yang mengambil remeh tentang isu nikah cerai. Sebenarnya ada cara lain macamana nak selamatkan perkahwinan yang tertalak tiga itu tanpa melibatkan ‘Cina Buta’. Penyelesaiannya ada dalam drama Cina buta ini.

LAGU TEMA (OST) DRAMA CINA BUTA

Tajuk Lagu : Paripurna
Penyanyi : Amylea
Komposer : Amylea
Penulis Lirik : Amylea

8 comments:

  1. Sampai la ni saya masih tak tahu kenapa dilanggil cina buta..padahal yang bercerai tu melayu🤭

    ReplyDelete
  2. out of the topic. salah 1 entry sy cerita psl cina buta, entry tu sy petik dr ceramah UAI yg sy hadiri. intipati ceramah ckp psl cina buta. tp lps google adsense sy (nak) approved google srh sy delete entry tu. dia ckp ada unsur mcm racist..sedih pulak sy

    ReplyDelete
  3. ada ungku ismail aziz. heheh. dulu zaman study minat betul dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama lakonan dia selalunya best juga kan. hehe..crush dahulu kala ye.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.