Header Ads

Pertama Kali Jejak Kaki Di Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Encik suami tanya nak jalan-jalan pergi KL Tower tak? Kita pun tak fikir panjang, laju je cakap nak! Jadi, hari terakhir encik suami balik kerja terus pergi Menara Kuala Lumpur/ Kuala Lumpur (KL) Tower.

Ini kali pertama saya jejak kaki di KL Tower. Selama ni dok ambil gambar dari kejauhan je. Inilah masanya untuk sampai di sini. Selalu pergi KL weekend, mestilah ramai orang. Itu yang malas tu.

Menara Kuala Lumpur/Kuala Lumpur Tower (KL Tower)

Terletak di Jalan Punchak off Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Nama rasminya Menara Kuala Lumpur dengan ketinggian 421 meter (termasuk antena) yang siap dibina pada tahun 1995.
Fungsinya sebagai menara telekomunikasi dan tempat pelancongan

Tarikan utama di Menara Kuala Lumpur

  • Dek Pemerhatian (Observation Deck)

Lebih tinggi dari jambatan udara (Skybridge) Menara Berkembar Petronas. Disini pengunjung dapat menikmati permandangan panorama bandar Kuala Lumpur.

  • Sky Terrace/ Deck

Ruang terbuka untuk melihat pemandangan 360° dari aras tinggi. Dapat melihat permandangan lebih jelas lagi. Tempat yang menarik untuk melihat matahari terbenam.

  • Sky Box/ Glass Box

Kotak kaca yang sedikit menonjol keluar dari Sky Deck/Terrace dapat menyaksikan permandangan dibawah dengan lebih jelas. 

  • Skywalk

Rasakan pengalaman berjalan di deck mengelilingi Menara Kuala Lumpur dan menyaksikan panorama bandar Kuala Lumpur. Aktiviti yang ekstrem. Sekarang ditutup, masih dalam proses renovasi.  

  • Restoran Berputar  (Atmosphere 360/ Orbit Revolving Dining

Restoran mewah yang menyajikan pelbagai jenis masakan tempatan dan antarabangsa dengan ketinggian 282 meter dari paras bumi. Disini pengunjung dapat menikmati keindahan panorama bandar Kuala Lumpur sambil menikmati hidangan.

  • Perkampungan Budaya (Cultural Village)

Sebuah kampung budaya yang mempamerkan budaya dengan pameran rumah-rumah tradisional Melayu dan persembahan budaya di kaki menara.

  • Hutan Simpan KL (KL Forest Eco Park)

Hutan simpan kekal tertua di Malaysia yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Juga dikenali dengan nama Bukit Nanas Forest Reserve or Hutan Simpan Bukit Nanas. Tempat beriadah yang menarik dengan keindahan alam semulajadi lengkap dengan laluan kanopi.

Banyak tarikannya Menara KL ni dan begitulah sedikit sebanyak maklumat tentang Menara KL. Walaupun dah lama dibina tahun 1995, tahun 2025 baru dapat jejak.

Parkir kereta

Boleh parkir di mana-mana di bawah tu asalkan dalam kotak parkir. Baru parkir je dah datang pengutip duit parkir. RM10 harga parkir. Guna kad debit.

KL Tower, Menara KL

Dah elok parkir, ambil gambar Menara KL dulu dari bawah. Sakit kepala mendongak ke atas cari sudut yang sesuai.

Menara Kuala Lumpur, KL Tower
5x zoom

Ingatkan tak ramai, rupanya ramai orang juga ye. Macam ramai pelancong dari India. Kami sebenarnya nak beli tiket online di aplikasi klook. Tapi masa sampai situ baru nak beli tiket online tak available pula. Ada tarikh untuk esok dan seterusnya.

Tak dapatlah harga murah, terpaksalah walk in beli di kaunter dengan harga rate biasa. Itulah tak beli awal-awal. Dah sampai malas nak pula dan datang esoknya. Esoknya hari Sabtu lagilah ramai pengunjung.

Untuk rakyat Malaysia kena beli tiket di kaunter, tunjuk kad pengenalan/ identity card (IC) sekali. Yang Self service ticketing kiosk ni untuk pelancong luar. 

Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Sementara Encik Suami beli tiket, saya ambil gambar sekitarnya. Depan bahagian kaunter ada ruang santai. Ramai jugalah yang lepak di sini ambil gambar.

Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Harga tiket Menara KL/ KL Tower ticket price

Warganegara Malaysia

  • Observation deck : RM30/ Dewasa | RM20/ Kanak-kanak
  • Sky Terrace : RM50/ Dewasa | RM28/ Kanak-kanak
  • Combo : RM55/ Dewasa  | RM30/ Kanak-kanak

Kami beli tiket combo lebih jimat dan berbaloi. Selepas beli tiket akan melalui security check. Tak pasti barang apa yang tak boleh dibawa masuk. Mungkin barang-barang yang membahayakan. 

Kami lalu tanpa ada apa-apa halangan. Lancar perjalanan masuk tanpa perlu beratur panjang. Beli tiket terus masuk.

Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Beratur menunggu lif untuk ke atas. Setiap lif dikawal oleh staff dengan teratur. Dah cukup kuota dia akan lepaskan group by group. Tapi tak padatlah macam sardin. Masih selesa. 

Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Kami diarahkan untuk ke sky terrace dahulu. Keluar dari pintu ini selepas keluar lif.

Sky Terrace

Lantai sky terrace beralaskan rumput tiruan. Kalau tak silap sebelum ni saya tengok hanya lantai tiles sahaja.  Dinding pun menarik dengan lukisan mural dinding. Dari sky terrace ni kita boleh jalan disekelilingnya tapi tak sampai pusing sepenuhnya sebab ada bahagian exit.

Di sini kita dapat menyaksikan permandangan luas dari aras tinggi menara. Banyak bangunan ikonik yang dapat dilihat dari sini. Berjalan lah sepuasnya dan nikmatilah dengan santai dan tenang. 

Sky Terrace Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Ada juga tangga tempat untuk ambil gambar. Kami berdiri dan wefie je di sini. Tak bawa tripod untuk bergambar berdua dengan lebih baik. Kita wefie je lah ye. Harini tema denim dan hitam. Saya mengenakan seluar bewarna beige. Lari tema sikit.

Sky Terrace Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Waktu petang tengah golden hour cahaya memancar tapi tak panas. Tenang sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Sesekali disapa angin sejuk.

Sky Terrace Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Ramai juga yang membeli tiket naik ke sini. Ramai tapi tak sesak pun. Dapatlah mengambil gambar Menara KLCC/ KLCC Tower dari jarak dekat sikit. Selama menginap di hotel nampak jauh je kan. 

KLCC dari Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Kelihatan Hotel Lexis di situ. Di kawasan ni semua hotel-hotel hebat. Dekat dengan KL Tower dan KLCC. Haruslah mahal kan. Paling mahal yang saya tahu W KL Hotel kot. Ke ada mahal lagi?

LEXIS dari Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Menara Merdeka 118 tersergam indah dipanah cahaya matahari. Berkilat silau melihatnya. Ambil gambar bahagian atas menara je.

Menara Merdeka 118 dari Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Dari kejauhan juga nampak Pintasan Saloma (Saloma Bridge) yang pernah saya pergi sebelum ni. Dari atas baru nampak jelas kawasan perkuburan di bawahnya tu.

Pintasan Saloma dari Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Oh, nampak Bangunan Berjaya Times Square. Teringat pula kenangan bersuka ria di Berjaya Time Square Theme Park dalam tu. Lama tak jejak Times Square. 

Berjaya Times Square dari Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Tak dilupakan Menara TRX yang masih baru dibina. Tak pernah jejak lagi. 

Menara TRX dari Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dah 2 kali datang menghadiri majlis pernikahan sepupu encik suami dan pernikahan anak buah

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Sky box

Nampak macam menarik je bergambar di Skybox ni. Berada di atas lantai kaca dan nampak permandangan bawah. Kita pun ajak encik suami bergambar di sini. Tapi kena beli tiket lah. Beli di kaunter pintu keluar dari lif tadi. RM10/ Dewasa. 

Skybox Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Ada photographer sekali. Dialah yang tukang ambil gambar kita. Boleh pilih nak ambil guna handphone kita sendiri atau guna DSLR dia punya. Kami pilih guna handphone sendiri je.

Dia lah yang suruh buat gaya itu ini. Kami turutkan je. Lepas dia ambil gambar, kita akan diberikan masa 45 saat je untuk ambil gambar sendiri di sini. Boleh selfie ke video ke apa-apalah dalam masa tersebut.

Gelabah sungguh lah nak bergambar dalam masa yang singkat tu. Tak puas rasanya. Bila dah habis masa, terpaksalah kita beredar pergi bagi laluan untuk mereka yang menunggu.

Hasil gambar yang diambil oleh photographer. Mula-mula nak ke hujung sky box ni gayat juga. Encik suami dah gigil lutut sebab dia gayat. Saya dulu tak gayat, sejak akhir-akhir ni macam gayat. Tapi gayat yang boleh dibendung lagi.

Sky box Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Saja mencabar diri berada di tempat tinggi atas lantai kaca tembus pandangan ke bawah. Seram wooo...Dah bergambar berdiri, disuruh duduk pula. 

Sky box Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Bila ambil gambar sendiri kena cepat-cepat. Dapatlah beberapa keping je. Kejar masa, jari pun kena cepat-cepat menekan screen.

Sky box Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Gambar terakhir yang sempat di rakam di Sky box. Jadilah buat ada-ada. Sepatutnya kena depan lagi atas lantai kaca nampak permandangan bawah tu. Sebelum bergambar di sini, silalah fikir dulu nak ambil gambar macamana. 

Sky box Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Selepas bergambar di Sky box, duduk sebentar menyaksikan matahari terbenam (sunset) dari Menara Kuala Lumpur.

Sunset Di Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Tak lama lepas tu jomlah kita turun ke Observation deck pula. Kembali ke laluan menuju lif di tengah menara. Lampu ditengahnya lain daripada lif bawah. Masih cantik untuk dipandang.

Lif Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Observation Deck

Pintu masuk laluan ke Observation deck. Suasana sedikit malap dan suram sebab tertutup kan. Suasana hampir malam.

Entrance Observation Deck Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Paling ramai di observation deck. Saya cari yang kurang ramai. Rata-rata yang datang sini hanya pergi observation deck je sebab tiketnya lagi murah. 

Observation Deck Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Teropong/binokular disediakan. Dapatlah teropong permandangan luar secara dekat. Ada orang kata pening tengok. Tapi saya okay je. Tak sakit mata mahupun pening kepala. Mungkin jangan dekat sangat dengan teropong tu kot.

Bonicular Observation Deck Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Permandangan Menara KLCC dari observation deck pula. Nampak kurang cantik kalau ambil gambar sebab ada pembiasan cahaya dari dalam.

KLCC Observation Deck Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Bahagian World Tallest Tower memaparkan menara-menara tinggi di seluruh dunia. Boleh tambah ilmu di sini.

World Tallest Tower Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Tak lengkap rasanya kalau di sesebuah tempat tu tak ada jual souvenir. Takkan tidakkk..Mesti ada! 

Souvenir Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Tak lama kami di observation deck sebab dah hampir waktu Maghrib. Jomlah kita pulang. Masa turun lif, kami berdua je. Dapatlah ambil kesempatan ambil gambar dalam lif Menara Kuala Lumpur.

Lif Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Di bahagian bawah menara ada juga Mini Theatre. Tak sempat kami nak masuk dan tahu isi dalamnya, kami harus pulang.

Mini Theathre Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Sebelum masuk kereta, potretkan sekali lagi Menara Kuala Lumpur dengan permandangan waktu malam.

Nightview Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Nightview Menara Kuala Lumpur, KL Tower
5x zoom

Menara Merdeka 118 permandangan waktu malam juga nak masuk bingkai gambar. Cantiknya berlampu pada waktu malam. Macam lukisan pula.

Menara Merdeka 118 Nightview Menara Kuala Lumpur, KL Tower

Sekian cerita di Menara Kuala Lumpur. Pengalaman yang  menyeronokkan. Cuma kecewa sikit sebab skywalk tu tutup. Terima kasih Encik Suami. Lepas ni kena ke Menara KLCC pula. Pernah pergi Petro Sains je dulu dengan Aquaria. Naik menara dan jambatan tu belum lalu. 

Takpun dapat ke Menara Kuantan 188 pun okay sebab ada skywalk di sky deck juga kan.

Waktu Operasi

Menara Kuala Lumpur ni dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi. Untuk lebih lanjut boleh rujuk website Menara Kuala Lumpur.

10 comments:

  1. LeYa dah 3kali pergi. Best. Eh...tapi rumah terbalik dah xde ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, syoknya dah 3 kali pergi. Rumah terbalik saya tak pasti dimana. Tak cukup masa nak explore.

      Delete
  2. aah la biasa yang pergi nya KLCC..nak kena buat lawatan ke KL tower juga la

    ReplyDelete
  3. Last naik masa sekolah rendah dulu... Dan baru baru ni ada pergi jungle trekking dekat hutan bukit nenas bawah menara kl tu.. pinjam cermin tu klaau sy gayat oooo 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena repeat datang lagi ni. Ya, dekat cermin tu memang boleh buat orang gayat.

      Delete
  4. Bestnya, Fizah. Kalau akak, tak pergi kat tempat Sky box tu, gayat! Bagus telefon Fizah. Iphone ye? 5 kali zoom, nampak dekat. Handphone akak, 5 kali zoom, terus kabur! Hehehe... pengalaman yang best dapat sampai sini. Akak pun belum sampai KL Tower. Skybridge KLCC pernah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak. Pertama kali jejak dia terlebih excited sikit. Gayat juga sebenarnya tapi kita lawan kak. Kalau tidak jenuh orang belakang tunggu giliran bergambar nanti. hihi..Ye, saya shoot guna iPhone. Saya pulak belum sampai Skybridge KLCC lagi.

      Delete
  5. Luar biasa cantiknya Menara Kuala Lumpur ini Mbak.
    Saya serasa mengunjungi Menara KL ini dengan memperhatikan foto-fotonya.
    Fotonya bagus-bagus, Mbak. Foto yang zoom juga tetap cantik.
    Btw, serem juga ya berdiri diatas lantai kaca itu...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, permandangannya sangat cantik. Tambahan lagi berada di aras tinggi menara. Kalau berkunjung ke Malaysia, boleh masukkan KL Tower dalam senarai tempat wajib pergi.
      Terima kasih.
      Seram memang seram tapi memberanikan diri untuk berdiri di situ. Kalau tidak, tak berhasil gambarnya. hihi...

      Delete

Powered by Blogger.