Header Ads

Check Out Hotel Hilton Garden Inn KL-North

Setelah berlalu 4 hari 3 malam, tibalah masa untuk check out Hotel Hilton Garden Inn KL-North. Macam biasa check out before 12 tengah hari. Pukul 11.45 pagi baru turun ke receptionist. Sebelum tu kita rakam gambar di cermin besar ni dulu.

Check Out Hotel Hilton Garden Inn KL-North

Sejak saya tahu katil tak perlu kemas masa check out, memang tak kemas dah. Senang dorang nak membersihkannya nanti. Tapi di rumah jangan dibuat. Lepas bangun tidur sila kemas.

Selamat tinggal bilik 1115, betul-betul hujung sebelah pintu keluar kecemasan.

Check Out Hotel Hilton Garden Inn KL-North

Sepanjang duduk hotel ni bila guna lif jarang terserempak dengan orang lain. Jadi ambil kesempatan lah bergambar di dalam lif.

Harini tema navy blue, hitam dan maroon. Selamat sudah merasmikan it luggage yang baru di beli. Macam tahu-tahu je nak travel kan. Mujurlah beli awal haritu.

Check Out Hotel Hilton Garden Inn KL-North

Luar lif pun ada cermin lagi. Okay ni last kita bergambar. Tapi awat nampak gemuk pula. Agaknnya cermin ni mengejek kita. Mengaku je lah kita gemuk. Huh!

Check Out Hotel Hilton Garden Inn KL-North

Sampai lobby hotel, seat penuh. Mereka baru selesai urusan check out dan menunggu kenderaan mungkin. Urusan check out tak sampai 5 minit pun.

Check Out Hotel Hilton Garden Inn KL-North

Cuma menunggu kereta sampai depan hotel lambat sikit. 5 minit lebih jugalah menunggu. Kereta sampai, kami pun beredar meninggalkan hotel.  

Alhamdulillah semua urusan kerja Encik suami selesai dan saya pun dapat jalan-jalan di Kuala Lumpur.

No comments

Powered by Blogger.