Header Ads

Lunch Di Richiamo Coffee Kuala Pilah Yang Baru

Ke Richiamo Coffee lagi kita tapi di tempat lain pula, cawangan Kuala Pilah yang baru. Lokasi dia dah berpindah dari Laman Gentam ke pekan Kuala Pilah sebaris KFC tu. Bila berpindah tu saya tak pasti lah.

Ingatkan dah tutup di Lama Gentam tu sebab kita dah biasa mengopi di situ. Rupanya berpindah tempat. Tempat lama digantikan dengan kedai kopi baru. 

Bila dah berpindah ke pekan ni, dekatlah sikit dengan kampung encik suami. Tapi sayanglah berpindah sebab tempat lama tu menarik kot dekat dengan suasana kampung.

Lokasi baru ni jenis rumah kedai. Parkir pun agak terhad. Tapi kawasan situ macam jarang penuh. Kira okay je untuk parkir.

Balik kampung encik suami kejap nak ambil buah avocado, anak buah saya nak. Alang-alang tu jomlah kita makan tengahari dulu sebelum menggunakan tenaga yang banyak.

Richiamo Coffee Kuala Pilah

Encik Suami buat pesanan di kaunter. Buzzer akan diberikan dan tunggu je buzzer berbunyi, sila ambil pesanan di kaunter. 

Masa kami sampai ada satu family juga baru sampai. Tak ramai orang, jadi kita pilihlah tempat yang selesa dulu.

Richiamo Coffee Kuala Pilah

Luas juga Richiamo Coffee yang baru di Kuala Pilah ni. Dekorasi macam biasalah sama je mana-mana cawangan.

Richiamo Coffee Kuala Pilah

Macam biasa minuman kegemaran saya, hazelnut latte panas. Sedap macam biasa. Latte art dia terbalik pula lovenya.

Richiamo Coffee Kuala Pilah

Encik suami pesan nasi lemak ayam rendang. Besar pula saiz potongan ayam dia. Nasi lemak yang serba lengkap dengan sambal, kacang, ikan bilis, timun dan telur. Telur rebus separuh diletakkan atas nasi. Dalam gambar dia menyorok pula. 

Menu nasi lemak ni saya tak rasa sikit pun disebabkan kesedapan menu saya. Tak sempat nak culik menu orang sebelah cerita dia. Lapar pun lapar sebab belum makan tengah hari. Itu yang terus ke sini.

Richiamo Coffee Kuala Pilah

Seperti biasa juga saya pesan set nasi daging asap salai lebih dikenali dengan nama daging salai masak lemak cili api. Datang bersama sambal belacan, sekeping daun salad, sehiris timun, seekor ikan masin dan sehiris lobak merah.

Richiamo Coffee Kuala Pilah

Rasanya ini pertama kali dapat lauk extra sikit. Dagingnya macam banyak daripada biasa. Nasi dah habis, lauk masih ada lagi. Alhamdulillah rezeki. Masakan lemak cili api dia berlemak sungguh. Tapi tak pedas.

Nak pedas kena makan dengan sambal belacan baru ada umphh. Setakat ni kalau makan di cawangan Negeri Sembilan okay je. Cuma pernah makan di satu cawangan di Selangor, agak kurang sikit rasa dia. 

Saya kalau teringin makan masakan lemak, memang akan ke Richiamo. Biasa pesan set nasi daging salai asap ni atau siput sedut. Selain nasi, spaghetti bolognese dan soto pun sedap. Itu apa yang pernah saya rasa lah.

Tak lepak lama disini sebab ada urusan lain, jomlah kita pulang.

Untuk info, Richiamo sebutan dia Ri-KEE-AH-MO.

2 comments:

  1. Cawangan Lipis no dekat je dengan rumah Cie. Jarang makan situ. Hari tu try chicken chop, sos dia terpaling tak sedap. Terus pangkah. Yang lain ok je.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan richiamo ni. Food dia orang kata okay, tapi kopi dia kurang sikit kan?

    Bila2 nnti mcm nak kena try makanan dialah. Before ni pegi richiamo pernah order air coklat dgn matcha je

    ReplyDelete

Powered by Blogger.