Header Ads

Lepak Mengopi Beramai-Ramai Di Koffie Jln Mentol

Lepas ziarah kubur arwah abah, saya dengan encik suami cadang nak keluar lepas solat maghrib. Beli barang mak. Ajak juga anak-anak buah kot ada yang nak mengikut. Sekali kakak saya pun nak keluar juga, nak mengopi katanya dengan anak buah yang duduk di Segamat.

Bila nak pergi, habis semua nak ikut. Dua kereta lah kami keluar mengopi. Selepas membeli barang mak di MR. DIY terus ke Koffie Jln Mentol. Port mengopi favourite saya kalau balik Segamat. 

Koffie Jln Mentol

Anak buah dah sampai dulu. Katanya tak ramai. Jadi, bolehlah kami lepak beramai-ramai mengopi di sini. Biasanya kalau malam raya meriah. Agaknya tak ramai orang balik kampung kot. 

Bila kami sampai barulah cantum-cantumkan meja. Pertama kali mengopi ramai-ramai macam ni. Sebelum ni pernah juga tapi tak seramai ini.


Anak buah kumpul order dan terus order di kaunter. Disebabkan banyak, kenalah menulis nama sendiri di cup. Pun boleh gitu ek. 

Koffie Jln Mentol

Anak-anak buah dah besar. Dah kerja. Tinggal berapa orang je lagi yang masih sekolah. Ada yang SPM. Tak lama lagi nak habis sekolah dah. Tinggal berapa kerat je lagi masih sekolah. Bila anak-anak buah dah besar ni terasa dah tua sangat dah ni.

Koffie Jln Mentol

Sambil menunggu kita sembang dan bergambar untuk membunuh masa. Masa ni lah nak lepak bersama. Kalau tidak payah nak jumpa. Kadang saya balik kejap tak sempat nak jumpa. Kakak saya lagilah jarang balik. Ini kalilah berkesempatan luangkan masa bersama.

Koffie Jln Mentol

Sebab dah makan, kita mengopi je lah. Kami amalkan konsep kongsi-kongsi gitu. Sini pun tak ada makanan berat-berat. Ada lah saya nampak pastry. Saya pesan Koffie Shakerato. Memang order yang ni je kalau kat Koffie Jln Mentol ni.

Koffie Jln Mentol

Tak lama kami lepak mengopi, kami berpecah seketika dan berjumpa semula di lokasi seterusnya. Betul-betul pulun jalan di malam raya. Mujur lah petang tu dah siap masak untuk hidangan raya.

Koffie Jln Mentol

Perasan tag ni tepi pasu tanaman. Potretkan dia jugalah. Kalau limpas di Segamat, silalah singgah di sini. Kopi sedap! Sebelah tu ada Segar Amat Lane 2.0, boleh bergambar OOTD kat situ.

25 comments:

  1. Sedapnya kopi... Tak ramai yang balik kampung? Confius nie..sebab jalan jem wooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi memang sedap. Ya, di Segamat tak sesak. Mungkin yang ramai tu balik Pantai Timur kot.

      Delete
    2. itulah, higway nak balik Utara, sebelum raya jalan clear, lepas raya nak balik KL..jem woo...hari isnin pun sama, linda lajak amik cuti sampai isnin..igtkn jln ok, rupenya jem juga...naseb baik memang gerak awal dari kampung

      Delete
  2. Wah saya suka dengan kopi
    Jadi ingin ikut ngumpul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai pencinta kopi dan cafe pun merata-rata ada. Berkumpul ramai-ramai baru meriah.

      Delete
  3. Senang nya bisa ketemu dengan keponakan begini. Saya malah sukaa kalau keponakan saya dah besar2, jadi bisa diajak hangout bareng 😄👍. Minum kopi atau coba kuliner baru. Memang dah macam teman.

    Soalnya mama saya anak bungsu dari 12 saudara. Jadi cousin saya usianya sebaya atau tak jauh dr mama saya. So, anak mereka yg bisa dibilang sebaya saya 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...boleh jadi kawan-kawan gitu. Ohh macam tu. Kalau sebaya dapatlah jadi geng kan.

      Delete
  4. menarik. boleh la Kekja try nanti Koffie... btw, cantiknya blog! inspired plak kita hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bolehlah cuba kalau ke Segamat.
      Terima kasih banyak²..Terharu pula.

      Delete
  5. Replies
    1. Ya, so far apa yang saya pernah order mencapai KPI selera kopi saya. hihi...

      Delete
  6. Wah Menarik Koffie ni. Nanti ke sana LeYa try singgah dan rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik dan kopi pun sedap. Silalah ke sini nanti kalau datang Segamat.

      Delete
  7. Seronok mengopi ramai2. Menarik Koffie ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, seronok dapat mengopi dan luangkan masa bersama.

      Delete
  8. Saya kira ada 13 kerusi. Nasib baik cukup dapat kumpul kerusi untuk borak. Boleh bayang kemeriahan Fiza dan anak saudara berborak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak cukup seat, kami dah ready nak keluarkan kerusi healing dari dalam kereta. hihi..Meriah lain macam.

      Delete
  9. Meriah, mengopi secara berjemaah macam ni.
    Akak dah lama tak balik Segamat. Sudah ada macam-macam ya, Fizah, Dataran Segamat, kedai kopi best macam ni. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Nur. Meriah lain macam. Ya, macam-macam ada. Malam pun dah meriah. Nanti singgah mengopi dan ke Segamat Lane tu.

      Delete
  10. uiiii betul2 tepi jalan tu...
    ni dpt secawan mau sembang tau2 kedai dah nak tutup hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepi jalan tapi ada ruang lagi tu. Hihi..tak boleh sembang lama, esoknya nak raya pastu train awal.

      Delete
  11. Kak SA pun macam dah lama sangat x mengopi ngan adik beradik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, ada masa nanti boleh set time kupi-kupi bersama.

      Delete
  12. Ngopi ramai-ramai ni paling best . Serius nampak macam reunion ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..meriah lain macam. Lebih kurang Reunion lah gitu kan. Hihi...

      Delete

Powered by Blogger.