Header Ads

Misi Mencari Luggage Di Mitsui Outlet Park KLIA

Haritu masa nak ke Penang, luggage buat hal. Material fabric dalam tu dah rapuh. Tak jadi guna, terpaksalah guna Travel backpacks yang dah lama tak digunakan. Mujurlah masih elok. Kalau tidak, kena guna lah beg travel apa yang ada.

Agaknya dah sampai masa untuk tukar baru lah tu. Lagipun dah rancang nak beli baru, cuma tak tahu bila. Dah jadi macam tu, ayuh lah lekas kita beli baru.

Kami rancang nak beli di MOP KLIA (Mitsui Outlet Park KLIA) Sepang. Banyak pilihan mungkin. Atau banyak offer murah-murah ke kan. Lepas tu boleh lajak ke Banting melawat kakak ipar yang sedang sakit.

Misi Mencari Luggage di Mitsui Outlet Park KLIA

Jarang ke MITSUI ni kalau tak ada benda nak beli. Tapi kalau ada tujuan, laju je ke sini. Banyak barang berjenama yang menawarkan harga murah-murah dari harga biasa. Bolehlah kita cuci mata sekali. Cuci poket mungkin kalau ada keperluan.

Mulanya kami pergi survey di bahagian lobby yang biasa orang buat offer tu. Tengok-tengok dulu mana yang menarik. Kemudian jalan-jalan lagi masuk di kedai-kedai luggage.

Masuk UT (Universal Traveller). Belek-belek terbekenan pula dengan it luggage. Mula tu nak beli jenama Airways tapi tak jadi. Beli it luggage sebab paling ringan dan tahan lasak.
 
Misi Mencari Luggage di Mitsui Outlet Park KLIA
navy blue, crystal blue dan mango mojito


Tengok-tengok juga yang lain. Ada Guess, CK, Gucci dan banyak lagilah. Kita pula rambang mata nak pilih yang mana. Tapi bukan jenama tu lah. 

Kita pilih jenama yang pakar bab luggage dan berkualiti. Value for money orang kata. Alang-alang membeli biarlah yang berkualiti setanding harganya. Bukan main bedal beli je.

Misi Mencari Luggage di Mitsui Outlet Park KLIA

Akhirnya saya pilih it luggage 20" berdimensi 40x23x53cm dengan berat 3kg warna Tibetian Blue. Cuma ada tiga warna pilihan iaitu Tibetian Blue, Mango Mojito dan Crystal Blue. Yang ni kalau expand tu dia boleh full expand. Dapatlah besar sikit ruang tu jadi tebal sikit.

Misi Mencari Luggage di Mitsui Outlet Park KLIA
ruangan dalam luggage

Ingatkan nak pilih warna striking macam mango mojito tu dan cerah. Senang nak kenal beg kita tapi terpilih navy blue pula sebab taknak nampak kotor. 

Pilih saiz 20" sebab senang nak hand carry. Lain kalilah baru cari luggage saiz besar sikit. Kot kot nanti ada rezeki beli luggage Thule ke kan. Lagi menawan kalbu design dia, harga pun ikut menawan.

Dah siap check, terus bayar di kaunter. Promoter recommend download apps mitsui untuk dapat lagi diskaun RM20. Dahlah harga 50%. Dapat lagi diskaun apps, berbaloi baloi. Okaylah, encik suami download kejap. Jadi lama sikit proses nak bayar. 

Misi Mencari Luggage di Mitsui Outlet Park KLIA

Sementara encik suami uruskan pembayaran, kita selfie kejap lepas tu jalan-jalan tengok apa yang menarik di Universal Traveller ni. Kalau rajin travel syoklah shopping macam-macam. Kita ni jarang travel, tengok-tengok je lah.

Misi Mencari Luggage di Mitsui Outlet Park KLIA

Misi Mencari Luggage di Mitsui Outlet Park KLIA

Tak pasal-pasal keluar modal beli luggage. Hmm...

Misi Mencari Luggage di Mitsui Outlet Park KLIA

Luggage ni memang ringan. Warranty pun 10 tahun kalau pecah. Kalau rosak lain-lain tu warranty nya 2 tahun je. Yang lain-lain :
  • High Security Build in TSA Lock
  • Expandable
  • Anti-Theft Zipper
  • 360° Spinner Double Wheels
  • Multi-Stage Internal Push-Button Telescopic Trolley Handle

Sila bertahan lama ye. 

13 comments:

  1. kalau ada Luggage yang cantik..baharulah semangat untuk main travel-travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul! Barulah semangat nak jalan-jalan. hihi...

      Delete
  2. Lawa!
    Dah ada luggage bag baru ni kena cepat² rasmikan hehe...

    ReplyDelete
  3. Tak.. masalahnya terus kecur bila baca warna Mango Mojito tu, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini parah ni..hihi..kalau dapat tengah cuaca panas ni sedap jugak kan. Segar tekak.

      Delete
  4. Cantiks.... Best la nak gi jenjalan pas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertambah semangat nak jalan jalan gitu. hihi...

      Delete
  5. sy pun tgh survey luggage juga
    tp nak cari warna purple
    waduhhh payah betul laa nak cari warna ni
    ada tp warnanya tak berkenan.
    ada tu dah suka daa warnanya tp saiz pulak dah habis...
    ok juga ni kalau sy ke sini nanti kalau berkelapangan...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.