Jalan-Jalan Dan Lepak Di Dataran Segamat
Ingatkan nak terus balik rumah, kakak saya call suruh pergi Dataran Segamat pula. Ada Bazar Karat. Anak buah ajak berinai berhenna bagai. Kita pun turutkan je lah pergi ke sana.
Saya tak berhenna. Macam nak, macam tak. Hujung-hujung saya malas. Nanti nak kemas barang lagi. Banyak kerja nak buat. Tak kuasa nak tunggu henna tu kering. Kita tukang ambil gambar je lah. 5 orang je yang berinai.

Meriah juga di Dataran Segamat waktu malam bila ada Bazar Karat ni. Bazar Karat ada pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Maafkan saya kalau silap hari tu. Kami pergi hari Jumaat, esoknya Sabtu nak raya. Meriah jugalah ramai orang.
Dah habis berinai, beli burger dan makan di tangga Dataran Segamat. Sambil tu tengok lah apa yang ada depan mata. Nak main rollerblade dah kehabisan, ramai orang tengah main. Scooter pula dah habis battery. Tak ada aktiviti lainlah kita selain makan burger.

Selain Bazar Karat, banyak jugalah aktiviti di sini. Kena sediakan duit je lah kalau nak datang lepak pun. Nak sewa mainan lagi, nak beli makanan lagi. Kann...

Ini pertama kali saya lepak di sini sepanjang duduk Segamat. Silalah percaya ye. Ini pun sebab meluangkan masa dengan mereka je. Sesekali bolehlah. Selalu jangan sesekali.

Teringin nak main roller blade. Dulu zaman sekolah kemain gigih main. Tapi bila tengok lantai yang tak rata tu, baik tak payah. Kang jatuh, malu dapat sakit pun dapat. Dia kena lantai rata macam jalan tar ke atau simen baru syok meluncur.
Zaman dating, meluncur atas ais. Rindu pula nak ber ice skating. Dah tua-tua begini rasa segan tu dah menebal. Simpan je la hasrat tu.

Lepas makan, kami terus gerak balik. Hujung-hujung Bazar Karat tu ada booth haiwan. Ada haiwan berbulu si arnab ni dan juga beberapa jenis reptilia.

Eh eh, adik dia pun nak juga. Kita ni dah meremang bulu tengkuk tengok mereka bermain dengan ular. Eii geli! Bukan geli je, takut pun ye.

![]() |
Comelnya awak! |
Anak buah bukan main berani pegang ular, corn snake namanya. Tak berbisa. Berbisa ke tidak, tetaplah kita memilih untuk menjadi penakut.

Eh eh, adik dia pun nak juga. Kita ni dah meremang bulu tengkuk tengok mereka bermain dengan ular. Eii geli! Bukan geli je, takut pun ye.

Nak pegang dan bergambar dengan haiwan di sini boleh bayar seikhlas hati.
Akak percaya…sebab akak sendiri belum pernah lepak di Dataran Pontian 😂
ReplyDeleteKita balik kampung selalu rushing, tak sempat nak ronda sana sini.
Ok jugaklah Fiza ada pengalaman ber-ice skating, akak ni sampai tua tak pernah try walau hati teringin. Sekarang nak try dah seganlah 😅
Cantik corak dan warna ular.
Seronok anak-anak buah ya, cik Fiza bawak jenjalan.
Hihi..Terima kasih Kak Ujie. Kita bukan jenis lepak-lepak malam gitu kan. Betul tu, kadang tak sempat nak kemana pun.
DeleteItulah tu, nak main sekarang pun macam segan je.
A'ah, sebab tu nama dia corn snake. Macam jagung gitu. Warna pun rare. Ucu jenis melayan bolehlah. Kalau tidak, tak dapatlah.
kadang kadang sini tempat Taufik berbuka puasa kalau dahtak tahu nak pergi mana kikiki
ReplyDeleteSini lagi meriah kalau masa bulan puasa kan. Orang berbuka di dataran ni.
Deletelawanya design henna tu...tak pernah nampak lagi...linda simpan ye gambar nya kak phiza, buat rujukan lain kali nak tunjuk kat orang lukis henna...
ReplyDeleteDesign henna kat sini banyak betul designnya. Rambang mata nak pilih.
DeleteBoleh je.
comei tangan-tangan yg berinai tu :)
ReplyDeleteHihi...dah berinai jadi comel lah dia.
DeleteFiza mahir meluncur rupanya. Seronok tengok orang main roller blade. Asyik.
ReplyDeleteSamalah geli/takut usik ular.
Tak mahir sangat pun kak. Kira basic tu lepaslah.hihi..
DeleteItulah tu, nak dekat sangat pun takut jugak.
dah bertahun tak lepak dataran segamat. haha dulu zaman takda shopee nk raya beli brooch kat dataran sebab bazar kat situ orang jual pakaian dan barang raya bulan puasa meriah la masa tu. sekarang beli online je tak la ke bazar lagi. balik kampung memang tak jalan ke situ pun.
ReplyDeleteOoo... ada Dataran Segamat rupanya. Akak baru tahu.
ReplyDeleteSama la kita. Masa zaman muda, selalu roller blade dan ice-skating.
Lawa pulak baca memilih untuk jadi penakut tu, bab pegang ular. Akak kalau orang bagi duit pun, tak mau la pegang. Heee....