Header Ads

JNC Burger Sedap Teruk Dan Kenyang Betul

Ada satu hari tu encik suami makan tengahari bersama kawan sekerjanya di JNC burger. Balik rumah dia ceritalah kesedapan JNC burger yang dia makan tu. Kita pun macam teringin juga.

Nak beli untuk saya macam payah sikit kalau dia naik motor. Jauh pula tu dari Bangi ke Seremban. Kalau dekat takpe lagi. Ada hari dia bawa kereta, dapatlah dia beli untuk santapan makan malam kami berdua. 

Balik kerja dia singgah kejap membeli. Saya suruh dia ambil gambar sekali. Boleh juga buat modal untuk cerita dalam blog. 

JNC Burger

Ini antara menu JNC Burger. Saya pesan smoke brisket burger dan encik suami pilih streaky shock wave. Dua-dua pilih ala carte. Padahal kalau beli set macam berbaloi sikit. Tapi sebab nak beli KopKen (Kopi Kenangan), kita tak jadilah belilah set.

JNC Burger

Burger dibungkus dalam kotak. Exclusive sungguh cara pembungkusan JNC Burger ni. Terlalu kayangan ni. Yelah, kena lah tu dengan harganya.

JNC Burger

Smoke brisket burger

Burgernya tak dibungkus penuh, dibungkus separuh supaya senang nak pegang dan terus makan. Balutan pun kemas dan dikemaskan dengan selotape bawahnya. Tak ada sos menjejes masa makan.

JNC Burger

Tak nampak isinya kalau diambil gambar dalam kotak ni. Letak dalam pinggan baru lah nampak lapisan dalam burgernya. Isinya banyak sungguh, sampai melimpah ruah. Terkeluar dari landasan ibarat lebih kuah dari sudu. 

Rotinya bersaiz biasa je. Brisket dia ya ampunnnn lembut, juicy dan sedap nak mamps...Sos dia pun sedap alahaiii. Sos dia lain dari yang lain. Sedap tak terkata! Bukan typical sos burger biasa tu. Ada rasa pedas-pedas.

Tak perlu dah tambah sos cili. Selain brisket ada kepingan beef patty meat dalamnya. Tebal juga, tak kering sangat. Dalam gambar tak nampak sebab dia menyorok di belakang.

JNC Burger

Streaky shock wave

Pilihan encik suami jenis ayam crispy. Ada patty dan juga streaky. Sos dia menggunakan sos yang sama macam saya. Sedap! Dia punya tebal burger tak muat mulut nak masuk. Kena makan sikit-sikit.

JNC Burger

Nampak tak dia punya tinggi burger tu tinggi mana. Memang tak muatlah nak masuk mulut. Kena makan dengan berhemah.

JNC Burger

Kami kongsi makan separuh-separuh. Jadi dapatlah rasa dua jenis burger. Itupun dah kenyang betul. Rasa tak ada ruang lagi dalam perut dah. Padahal makan burger je pun. 

Kalau saya makan streaky shock wave sorang-sorang mesti tak mampu nak habiskan. Makan separuh pun dah boleh buat kenyang sangat. Inikan sebiji burger. 

Mujurlah saya punya burger smoke brisket burger tu kurang besar sikit saiznya. Kira ngam-ngam kenyanglah ni. Sendawa entah berapa kali entah. Dasyat betul penangan JNC burger ni.

Pada saya, berbaloilah harga dan rasa dia tu. Macam satu jenama yang popular tu juga. Bolehlah ulang membeli lagi. Tapi dikala teringin je lah. Nak membeli selalu mahu memang taklah. Harga level kayangan ni sesekali je boleh. 

JNC ni ada di Bangi sahaja. Kot ada tempat lain saya tak tahulah. 

Lokasi JNC Burger

25-G-1, jalan medan PB1A seksyen 9, bandar baru bangi, 43650 Bangi, Selangor

14 comments:

  1. alaaaaa...dah tergoda ni...nampak sedap la....confirm la sedap kan....nampak burger Fiza tu juicy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm sedap kak! Ya, juicy dan lembut brisket dia. Kalau ke Bangi, bolehlah cuba. Tak menyesal punya.

      Delete
  2. Fuhhhh kecur air liur tengok. Kena cari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tersinggah Bangi tu bolehlah cuba JNC burger ni. hihi...

      Delete
  3. suka pula sy tgk kotaknya tuuu... lain drpd yg lain...

    wow weee tebalnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu, lain dari yang lain. Tebal. Kot ada rezeki ke sini nanti cubalah Anies

      Delete
  4. honestly saya kurang sikit burger-burger macam ni, burger ramly tepi jalan jugak yg jadi pilihan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burger Ramly tu memang pilihan kegemaran ramai.

      Delete
  5. Teringin pulak tengok. Dah lama tak makan burger brand yang 1 lagi tu. Sedapnya kalau dapat ngap burger ni. Packaging pun helok nampak exclusive je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Lama tak makan burger W tu. Sesekali dapat makan burger macam ni memang sedap.

      Delete

Powered by Blogger.