Header Ads

Late Lunch Di Richiamo Coffee KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital

Hari kedua di Hotel Hilton Garden Inn, tak ada plan nak kemana sangat. Cuma nak ziarah mak di IPR Hospital KL. Malam tu rancang nak ke satu tempat ni. Nanti saya cerita.

Duduk di bilik tak buat apa, sakanlah saya blogwalking. Nak tengok TV bosan juga. Jarang betul tengok TV. Selain tu, saya iron baju untuk 3 hari terus. Senang nanti tak payah nak keluarkan iron board. Nak keluar, baju semua dah siap sedia.

Petang tu saya tengok encik suami dah nak sampai hotel melalui aplikasi Find My, terus turun ke bawah. Harini tema navy blue and jeans.

Richiamo Coffee KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital

Belum sempat panas bontot duduk, encik suami dah sampai. Senang terus ambil saya tanpa perlu naik bilik dulu, nanti kena guna valet service. Jadi lambat nak keluar masuk.  

Richiamo Coffee KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital

Lepas ziarah mak di IPR, kami singgah Late Lunch di Richiamo Coffee KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital tak jauh dari IPR. 

Saya lah yang late lunch, jam 5 lebih. Nak masuk masa makan malam sudah. Encik suami dah makan di hotel tempat kerjanya. Saya lapar bukan main-main. Makan bubur segera tu tak kenyang lama.

Saya nak order nasi tapi semua nasi habis katanya. Biasanya pukul 2 lebih macam tu dah habis, petang dia tak masak nasi dah sebab kurang permintaan. Ohh macam tu pula. Ye lah, di hospital petang-petang tak ada dah orang nak makan berat-berat.

Okaylah, kita faham. Sebab lapar, saya order lah spaghetti bolognese dan encik suami pilih spaghetti salted egg. Minuman pula macam biasa hazelnut latte dan encik suami ambil air kosong je.

Kopi saya sampai dulu, hazelnut latte dengan latte artnya yang menarik. Sayangnya cawan dia macam ada calar balar lah pula. Rosak gambar secawan kopi latte saya. Tak nampak easthetic dah. Macam biasa kopi hazelnut latte Richiamo Coffee tak pernah mengecewakan. 

Suka hirup foam masa tengah suam-suam panas tu. Nanti mesti ada tinggalkan kesan foam atas bibir. kann...

Richiamo Coffee Hazelnut Latte

Spaghetti bolognese juga gagal mengecewakan saya. Tetap sedap sos bolognesenya. Spaghetti pun cukup masak eloknya. Gigit tomato cherry masam-masam sikit blend dengan rasa sos spaghetti tu.

Richiamo Coffee Spaghetti Bolognese Menu

Seronok perut dapat makan makanan sedap, dapat kupi-kupi sekali. Alhamdulillah...Happy tummy happy me. Dapat kembalikan mood baik.

Nampak pastry sedap-sedap tapi tak order. Ikut nafsu sangat nanti tak terhabis makan. Lainlah kalau hanya nak mengopi petang-petang.

Richiamo Coffee Menu Pastry

Tempting betul tengoknya kan. Rasa nak semua je. Masa kami datang cuma ada beberapa meja je dihuni. Jadi ada banyak pilihan meja untuk kami pilih. Duduk di sudut lebih selesa. 

Kami parkir di luar tepi jalan je. Pintu masuk pun tak jauh dari tepi jalan tu. Dari pintu masuk terus ke sebelah kanan, di situlah Richiamo Coffee KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital.

Orang masuk melawat orang sakit tapi kami makan di sini. Lebih selesa sebab ada air cond dan dah biasa dengan makanan Richiamo Coffee. Sedap dan berbaloi lagi. 

4 comments:

  1. Kita sama bab tv. Akak pun jenis tak biasa tonton tv, jadi bila stay hotel tak boleh nak fokus tonton tv lama-lama. Jadi bosan 😄

    Baru-baru ni kami makan spahetti bolognese di Richiamo, Changlun. Tapi agak tak kena selera sebab ada potongan sosej dan mi agak keras. Sosej tu ok je kalau setakat untuk makan-makan sendiri. Lain cawangan kadang lain hasil masakannya walau menu sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita jenis geng tak tengok TV sangat. hihi...Ya, rasanya begitulah. Pernah juga makan di cawangan lain yang agak mengecewakan. Tapi mostly banyak yang kena dengan selera. Nanti akak cuba lagi di cawangan Nismilan pula kalau balik Nismilan.

      Delete

Powered by Blogger.