Header Ads

Singgah Di Rock Shop Hard Rock Cafe Hotel

Lepas check out hotel, kami terus ke Rock Shop di Hard Rock Cafe Hotel. Singgah kejap beli Tshirt adik ipar. Sebelum ni pernah pergi dengan dia juga di sini. Tapi masa tu saya tak turun kereta. Dia beli Tshirt juga.

Kali ni lah kami singgah masuk membeli. Pertama kali masuk jejak dalam Rock Shop ni. Menginap dalam Hard Rock Cafe lagilah tak pernah. 

Sempat juga jeling di lobby, ramai boleh tahan orang menginap di sini. Harga pun keras juga kalau menginap di sini.

Rock Shop Hard Rock Cafe Hotel

Kami terus menuju ke Rock Shop. Tak ramai orang disini. Bolehlah potretkan Rock Shop sebentar.

Rock Shop Hard Rock Cafe Hotel

Antara yang menangkap pandangan mata adalah pasu besar ni. Cantik dekorasi di luar Rock Shop ni.

Rock Shop Hard Rock Cafe Hotel

Ada beberapa buah buaian. Tak sempatlah nak duduk bergambar di sini. Ambil gambar buaian je lah sempat. 

Rock Shop Hard Rock Cafe Hotel

Menyempatkan juga ambil gambar di alas kaki Hard Rock Hotel Penang ni. Tanda hadir sekadar singgah. Kena pula tu tema dan baju warna kuning. Ngam!

Rock Shop Hard Rock Cafe Hotel

Masuk Rock Shop dapatlah kita rasa sejuk kejap. Di luar tu panas, saya ni puteri lilin.Rasa lega sikit kulit muka bila sejuk. Kalau panas tu cepat merah naik macam udang kena bakar. Sambil menunggu encik suami memilih baju adik dia, saya ambil gambar lah. 

Rock Shop Hard Rock Cafe Hotel

Macam-macam ada dalam ni, Tshirt, Shirt, hoodie, accesories dan macam-macam lagilah. 

Rock Shop Hard Rock Cafe Hotel

Dah jumpa Tshirtnya, silalah bayar di kaunter. Tapi bukan baju dalam gambar ni. Saja ambil gambar sebab nampak macam menarik baju tulisan merah tu. Simple tapi menarik.

Rock Shop Hard Rock Cafe Hotel

Selesai urusan membeli, jomlah kita meneruskan perjalanan pulang ke sarang.

Rock Shop Hard Rock Cafe Hotel
Tempat wajib bergambar kalau bercuti di Hotel Hard Rock Cafe

12 comments:

  1. peminat tegar mesti serbu sini ni hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pasti. Kita je singgah kalau ada hal. Kalau tidak, lalu je lah. hihi...

      Delete
  2. pernah bergambar kat gitar besar tu... utk menginap entah bila laa agaknya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah tu Anies, kita buat kenangan. Ada rezeki, adalah nanti tu.

      Delete
  3. Kalau bawak anak2 taktaulah diorg akn apreciate x tmpt mcm ni.. kalau ayah diorg confirm lah.. byk port ootd kat situ, best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...kalau banyak aktiviti permainan mesti dorang suka lah. Mak ayah best tang port OOTD.

      Delete
  4. Harga keras kat situ tapi tengok facilities best. Berbaloi la kot kerja keras cari duit. Selalu jugak nampak rakan2 stay kat HRCH ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, boleh tahan juga. Facilities, activities best juga tengok. Especially private beach tu kot. Siapa minat tu seronoklah dapat buat koleksi.

      Delete
  5. Macam2 souvenir selain t-shirt ada ya di HRCH tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, macam-macam ada. Kalau tak masuk sini, tak tahu pun apa yang ada.

      Delete
  6. Selalu lewat tempat ini kalo nak ke escape waterpark 😄.

    HRC jakarta dulu salah satu tempat dating saya dengan suami. Sayangnya HRC jakarta tutup THN lalu. Ntahlah kenapa. Padahal saya sukaaa makan di sana, Krn ada live music. Makanan pun sedap. Tp kalo belanja souvenirs tak pernah. Yg di Penang saya tak pernah masuk. Dulu pernah masuk ke HRC Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat HRC ni. Ya, situ dekat kan. Seronok tu ada live music. Nanti ke Penang, jangan lupa singgah HRC sini pula.

      Delete

Powered by Blogger.