Header Ads

Purrfect Plushies Mimi & Tam Tam Kenangan Coffee

Haritu beli Kenangan Coffee dapat Purrfect Sticker percuma dengan pembelian minuman Purrfect. Sekarang tengah ada promosi Purrfect Plushies Mimi & Tam Tam lah pula. Sebelum ni ada Plushie Pistachio, Pipi.

Tapi masa tu kami tak membeli pun plushie Pipi tu. Beli kopi pistachio je lah buat rasa-rasa. Sedap! Mahal sikitlah tapi. Plushie Pipi tu comel je cuma kami tak minat kot.

Purrfect Plushies Mimi & Tam Tam

Datang Purrfect Plushies Mimi & Tam Tam ni laju pula membeli. Kucing comel punya pasal kan. Siapa je tak suka kucing.

Takut cepat habis, kita beli 2 terus. Sedangkan plushie Pipi pun cepat habis, inikan pula plushie kucing comel macam Mimi dan Tam Tam ni.

Purrfect Plushies Mimi & Tam Tam

Gebus gebas bulu dia. Comel je tengok. Gantung kat beg pun cantik ni.
Purrfect Plushies Mimi & Tam Tam
Mimi & Tam Tam

Mimi

Oyen ni nama dia Mimi, tak tahu lah kenapa bagi nama Mimi. Sebab kucing betina? Kalau Oyen lagi kena kot kan. Ke Oyen lebih kepada kucing jantan?

Purrfect Plushies Mimi & Tam Tam

Tam Tam

Si Tam Tam ni kita faham lah kenapa nama dia Tam Tam sebab warna hitam. Mata dia je kelihatan. Nampak macam real lah pula. Mimi tu kalau ada mata macam ni pun menarik juga kan.

Purrfect Plushies Mimi & Tam Tam

Harga Purrfect Plushies Mimi & Tam Tam Kenangan Coffee

  • RM6.50 jika beli handcrafted drink tak kira panas atau sejuk, saiz regular atau besar
  • RM12.90 jika beli handcrafted drink tak kira panas atau sejuk, saiz regular atau besar
  • RM19.90 tanpa membeli apa-apa jenis minuman

Dapatkan sementara stok masih ada. Disebabkan nak beli dua dan jimat sikit, kami beli 4 minuman terus.

14 comments:

  1. sebelum ni layan kopi jenama lain sahaja, belum lagi diberi peluang mencuba kenangan kopi ni

    ada pulak 'gift' macam ni, kopi untuk abah, plushies untuk anak hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah cuba Kopi Kenangan pula.
      Tapi gift ni berbayar, tambah sikit duit. Nak murah sikit kena beli extra kopi. hihi...
      Ada betulnya tu. Anak bapak dapat.

      Delete
  2. alololo... comel je si Mimi dan Tam Tam... memang sedaplah dipicit² 😆

    ReplyDelete
  3. memang comellll
    so far sy belum nampak sesapa gantung kat beg mimi dan tamtam ni
    kalau yg bungkus kaw2 punya plushies tu ada nampak juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok Kopi Kenangan repost di ig story ramai yang gantung di beg. hihi..Belum viral lagi mungkin. Bungkus Kaw Kaw saya tak perasan pula. Plushie kucing jugak ke?

      Delete
  4. Aiiih lucunyaaaa.... Kenapa di KopKen Indonesia tak ada ini yaaa. Cobalah nanti saya cek lagi. Tapi memang saya tak sering beli KopKen. Lebih suka kopi lain kalo di sini 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel pulak sebut KopKen. Disana memang sebut KopKen ye? Oh lupa di Indonesia memang biasa dengan sebutan yang ringkas begitu kan. Okay lepas ni nak sebut KopKen lah. Saya suka KopKen ni sebab katanya kopi dari Indonesia lebih sedap. Sekarang jadi pelanggan tetap.

      Delete
  5. Tahun lepas Taufik beli Kopi kat Kenangan Kopi ni memang style tempat kedai nya ..

    ReplyDelete
  6. mcm2 cara nak tarik pelanggan kan. akak pun suka Kenangan Coffee ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.