Pokok Durian Belanda Rajin Berbuah
Buah durian si raja buah tu kita tahulah ramai peminat. Tapi durian belanda? Tak ramai yang minat. Salah seorangnya, sayalah tu. Tak tahulah kenapa saya kurang minat dengan rasa durian belanda ni. Mungkin sebab rasanya yang masam.
Di kampung ada sepokok durian belanda mak saya tanam. Rajin betul berbuah. Setiap kali balik kampung, saya tengok ada je buahnya. Dia memang tak ada musim dan berbuah sepanjang tahun agaknya.
Sayangnya pokok rajin berbuah tapi tak ada orang yang suka makan. Jadinya kalau ada orang makan, kita bagi je lah. Cuma kakak ipar saya je lah yang rajin ambil kalau balik kampung. Katanya sedap dan sedap juga dibuat goreng macam sukun goreng.

Seriouslah boleh dibuat goreng macam pisang goreng, sukun goreng tu? Saya baru tahu. Kalau kakak ipar tak bagitahu, sampai ke sudah saya tak tahu.


Seriouslah boleh dibuat goreng macam pisang goreng, sukun goreng tu? Saya baru tahu. Kalau kakak ipar tak bagitahu, sampai ke sudah saya tak tahu.

Buah belanda yang ada masih kecil-kecil lagi. Belum cukup matang lagi untuk diambil. Kot ada rezekinya nanti dapatlah buat durian belanda goreng. Macam pelik pula bunyinya.

Selain dimakan begitu saja, sedap juga katanya buat air durian belanda. Jika buahnya di makan atau dibuat minuman, daun durian belanda boleh digunakan untuk tujuan kesihatan. Untuk sakit apa, saya pun tak pasti. Dengar-dengar begitulah untuk perubatan.

Ini bukan bunga durian belanda ni. Hanya selingan sahaja. Hihi...

Selain dimakan begitu saja, sedap juga katanya buat air durian belanda. Jika buahnya di makan atau dibuat minuman, daun durian belanda boleh digunakan untuk tujuan kesihatan. Untuk sakit apa, saya pun tak pasti. Dengar-dengar begitulah untuk perubatan.

Ini bukan bunga durian belanda ni. Hanya selingan sahaja. Hihi...
Seriouslah boleh goreng? Baru tahuu
ReplyDeleteTapi kalau air durian belanda memang sedap!
Ye, saya pun baru tahu. huhu...
DeleteAir durian belanda tak tahu lah pernah minum ke tidak.
Musim tak bermusim paling Sedappp dan antara buah feberet cik nur masam2 manisss
ReplyDeleteBerbuah sepanjang waktu he hee
Kat kg pun ada sampai terbuang buahnya
Yg lain tak minat
Kalau blk ciknur la tukang ambik buah nya
Itulah tu, jarang orang minat buah durian belanda ni. Bagus juga kak Nur suka, kalau tidak terbiar gitu je kan.
DeleteYelah…baru tau boleh buat goreng 😀
ReplyDeleteAkak kurang gemar sebab leceh nak makan ada biji kecik 😄
Bab rasa tu kadang oklah dapat yang tak masam.
Nanti kita try buat kak. Rasa dia macamana. Itu salah satu faktor juga tu. Malas nak makan macam tu kan. Mungkin masa saya rasa tu buahnya belum cukup matang kot. Masam yang tak boleh diterima. huhu...
Deletesedapnya durian belanda..linda suka...dulu masa kecik2 dekat belakang rumah ada pokok nie, rajen berbuah...sekarang dah mahal durian belanda nie..
ReplyDeletekalau kat rumah taman boleh kot tanam pokok durian belanda nie.. hahaha
Oo Linda boleh geng dengan Kak Nur tu suka durian belanda. Kalau buah rare memang mahal sikit agaknya. Macam tak boleh je tu. Tinggi juga pokoknya nanti.
Deletewaaa blh goreng.....banyak khasiat buah durian belanda ni....
ReplyDeleteYa, itu apa yang kakak ipar saya cakaplah. Setiap buah pasti ada khasiatnya.
DeleteBestnya banyak buahnya...akak x sabar tunggu pokok depan rumah tu tengah berbuah sulung..ada 3 biji..baru besar genggam tangan suami akak...ntah bila nak besar lagi agaknya tu...jangkamasa buah tu masak pun x tau...rasa macam dah lebih 3 bulan
ReplyDeleteBoleh tahan juga berbuah banyak. Ooo ada tanam juga ye. Tak pasti pulak berapa lama tempoh masak dia. Harap cepat besar, dapatlah merasa nanti.
DeleteSerius sedap jika masak elok buah durian belanda.. Suka sangat :)
ReplyDeletePeminat buah durian belanda mesti suka makan. Nantilah saya cuba makan yang masak elok tu. Mana tahu tersuka pula kan.
DeleteSuka durian belanda ni, tapi tak tau pulak boleh digoreng.
ReplyDeleteNanti-nanti kita cuba, kalau sedap boleh buat lagi.
DeleteAir durian belanda sedap.
ReplyDeleteMacam susah juga nak jumpa air durian belanda ni.
DeleteAkk suka makan gitu saja dan kalau ada lebih baru buat jus.
ReplyDeleteLeceh sikit nak makan sebab kena buang biji dulu.
Yang leceh makan tu yang macam malas nak makan kan. Ramai juga yang suka minum air durian belanda.
Deleteyang saya tahu buah durian belanda ni bagus untuk org yg ada sakit buah pinggang... teruskan berbuah. mana laa tahu kalau ia kelak boleh bantu pesakit buah pinggang
ReplyDelete