Lunch Bubur Nasi Segera
Bila tinggal seorang di bilik, kita makan apa yang ada je. Nak keluar sorang malas, nak order grab malas nak turun juga. Jadinya kita lunch bubur nasi segera je lah. Sebelum check in dah siap-siap beli stok makanan dalam bilik.
Nak makan mi segera macam tak kenyang. Tukar selera makan bubur segera cup lah pula. Tak ada pilihan lain, terpaksalah beli jenama ni. Ini je yang ada.


Cara buat bubur nasi segera
Penyediaan sangat mudah. Masukkan je air panas sampai paras yang disyorkan. Tak lama lepas tu serbuk tu akan mengembang dan jadilah tekstur macam bubur.
Kena tunggu sejuk sikit baru makan. Kalau tidak, melecur bibir uii... Bubur nasi segera ni tekstur dia halus. Rasa pun sedap. Tambah sedap lagi makan sambil menikmati permandangan indah terbentang luas dengan KLCC tu.

Makan bubur ni cepat kenyang dan cepat lapar. Tapi makan suam-suam gitu sedap. Bubur nasi segera jenama apa yang sedap?
Sila komennn...
baru2 ni try bubur lambuk knorr ni, ok gak..not bad
ReplyDeleteOhh ada jugak bubur lambuk ye. Menarik tu.
DeleteTerima kasih suggest.
DeleteSedap ya, boleh beli dan simpan untuk emergency atau tak ada selera ni.
ReplyDeleteYa, sesuai sangat kalau untuk emergency tu. Boleh buat stok.
DeleteAkak x pernah cuba makan lagi...so x pasti mana yang sedap...tgok dari gambar yg Fiza share ni nampak macam sedap betul tu
ReplyDeleteIni untuk emergency okaylah. Kalau di rumah masak sendiri lagi sedap yang pastinya. hihi..Kalau nak cuba bolehlah try mana-mana bubur nasi segera.
DeleteTeringat pulak waktu operate gigi makan bubur knorr ni.
ReplyDeleteKalau operate gigi atau sakit gigi, buburlah penyelamatnya kan.
DeleteDi sinipun ada bubur instan begini. Sesekali saja saya beli.
ReplyDeleteKalo saya sedang ditinggal sendiri dalam hotel, dan suami pergi kerja, saya pun malas pesan delivery, sebab malas turun ketemu driver 😅.
Yg ada selalunya room service, bawa ke kamar langsung 🤭. Tapi kalo ada mie segera atau bubur segera macam nih, dah laah, makan itu saja cukup 👍
Saya pun lama tak beli. Baru kalini saja mencuba. Itulah, lebih baik berehat saja dalam bilik. Makan apa yang ada. Itu pun dah cukup. Room service pun malas, kena bersiap juga tu sebelum staff hantar makanan. hihi...
Delete