Header Ads

Kenyang Betul Makan Nasi Ayam Gepuk Godang

Entah berapa kali entah dah membeli nasi ayam gepuk godang di Picnic House. Dia punya sedap dan puas hati tu buat kita ulang-ulang membeli. 

Set nasi ayam gepuk godang dengan potongan ayamnya yang godang. Godang tu dalam loghat Nismilan maksudnya besar. 

Porsi nasinya bukan main besar lagi. Bagi saya, kalau makan separuh nasi dengan ayam godang tu pun dah mencukupi kenyangnya. 

Ayamnya boleh buat ratah lagi lepas habis nasi. Selain tu ada hirisan tempe dan juga tauhu goreng. Ada juga sehelai daun salad yang agak besar saiznya. 

Tak dilupakan, sambal geprek dan kicap sebagai pelengkap set nasi. Tak ada sambal, saya pun tak lalu nak makan. Eh, ni dah macam iklan kicap Jalen.

Nasi Ayam Gepuk Godang

Hidangan macam ni kalau tengah lapar, porsi besar pun boleh habis juga. Dah hujung-hujung jenuh nak habiskan. Kalau kongsi berdua rasa kenyang tapi macam tak puas makan. 

Payah lah pula macam tu kan. Beli seorang satu puas hati. Kadang beli set nasi dan set spaghetti kongsi separuh separuh gitu.

Ayam gepuk dia rangup di luar dan lembut di dalam. Perapannya terasa sampai ke dalam isi ayam. Masak elok didalamnya. Tak pernah lagi nampak kesan darah-darah tu.

Sambal geprek dia podeh melahar. Podeh ya amek! Pedas tapi sedap. Memang habislah kami makan kalau sebekas sambal tu. Ngam-ngam porsi dia dengan nasi, ayam dan semua tu. Orang Nismilan dan Johor tak tahan pedas, tak tahu nak cakap apalah kan.

Selepas nasi ayam geprek Ayu Raudhah dah tak beroperasi, nasi ayam gepuk godang lah jadi favourite kami terpaling sedap setakat ini. Berbaloi dengan rasa dan harganya. 

10 comments:

  1. besar betul ayam dia... mmg puas makan ni...
    pedas melahar tu fuhhh... kompem berpeluh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiz ayam dia memang besar. Puas makan sampai kadang tak larat nak habiskan. Tahu takpe, confirm berpeluh makan.

      Delete
  2. Selalu makan kat situ pilih western dan nasi lemak..boleh la cuba menu ni...ooo Ayu Raudhah nyer kedai makan tu dah utup terus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Western pernah makan. Nasi lemak tak pernah cuba lagi tapi pernah order masa makan dengan family. Cuma tak sempat rasa. Ya, lama dah tutup kak.

      Delete
  3. JD teringin nak coba. Walau di sini ayam gepuk, ayam geprek, ada buanyaaaaaak, tp terkadang nak juga coba yg dijual di sana 😄.

    Godang ini juga dipakai dlm bahasa Sibolga, kampung saya. Artinya pun sama, besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ye maksudnya, besar. Cubalah rasa versi Malaysia pula nanti walaupun disana ada banyak jenis-jenisnya.

      Delete
  4. Nasi ayam gepuk ni memang lain macam! Pedas, rangup, berempah... makan panas-panas, confirm berpeluh puas hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan berpeluh tu dah mesti sebab pedas giler!

      Delete

Powered by Blogger.