Dah habis kot musim viral flat peach atau donut peach ni. Sekarang orang tak berebut dah nak membeli. Kalau pergi Jaya Grocer nampak buah flat peach ni memang tak fikir panjang dah, ambil terus masuk bakul.
Dulu masa tengah viral kemain susah nak mencari. Sekarang susah juga sebenarnya nak dapat. Dia tengok musim juga. Kalau ada, merata dapat cari macam di Mydin, Family Store atau Zemart. Ini antara shopping mall yang ada jual flat peach. Ikut nasib jugalah kalau ada stok.
Dulu harga dia macam mahal sikit, selepas viral ni harga dia macam turun sikitlah RM21.90 per pack. Ada 6 biji semuanya. Bukan 7.
7 biji tu dragon ball!
Melihat dari warnanya, masih belum matang. Boleh dimakan tapi kurang juicy sikit dan kurang sikit manisnya. Ranguplah tapi. Kena tunggu dia merah semua barulah sedap dimakan, lembut, manis dan berair.
Tips dia kalau nak makan terus kena cari dan beli yang merah-merah tu. Jadi, tak perlu lah nak tunggu peram sampai masak.



Flat peach white flesh ni lebih kurang 500gram dari Valencia, Spain. Baru makan sebiji buat rasa-rasa sebelum yang lainnya masak elok.

6 Comments
Aaa.. lama tak jumpa flat peach ni kan. Dulu kemahen lagi berebut, tapi harganya masih kira mahal lagi kan.
ReplyDeleteDulu dia jadi pujaan ramai. Murah sikit je daripada sebelum ni. Tak banyak menurun harganya. Masih kayangan. huhu...
DeleteDulu pernah juga beli masa viral tu... Skrg ni kalau jumpa tak brp nak pandang dah, eksyen haha... Anggur, tembikai juga pilihan hati hihi
ReplyDeleteHihi...kalau viral memang kita kena into the scene. Buat syarat ghaso² je.
DeleteTak pernah lagi makan buah nie...haa,nie harga tembikai tengah murah,boleh lah beli
ReplyDeleteNanti kalau jumpa buah ni bolehlah beli dan rasa. Tak perasan pula harga tembikai beli haritu. Belum potong lagi. Ada dengar juga harganya dah murah.
Delete