Telefilem Peah Singa Di TV9

Tonton Telefilem Peah Singa, telemovie ulang siaran bersiaran pada hari Jumaat, 19 Mei 2023 pukul 8.30 malam di Slot Skrin di 9 TV9. Peah Singa, telemovie komedi lakonan Miera Liyana, Izzue Islam, Najwa P Ramlee, Azzahra Ahmad dan ramai lagi.

TELEFILEM PEAH SINGA

Waktu siaran : Jumaat, 19 Mei 2023, pukul 8.30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton 
Penulis skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : 2606 Skyline Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Peah Singa Di TV9

PELAKON DAN WATAK

Miera Leyana, Izzue Islam, Ilya Buang, Azzahra Ahmad, Najua Pramlee, Aren Yunus, Suraya Ghani dan ramai lagi.
  • Miera Leyana sebagai Peah
  • Izzue Islam sebagai Aifan
  • Azzahra Ahmad sebagai Azlin
  • Najua Pramlee sebagai Kak Biah
  • Ilya Buang sebagai Pak Ngah
  • Muhammad Shahazrien @Aren Yunus sebagai Malek
  • Suraya Ghani sebagai Puan Ros

SINOPSIS PEAH SINGA

Telefilem Peah Singa mengisahkan tentang Peah, anak dara awal 30an masih belum berkahwin kerana sikapnya yang terlalu garang sehingga ditakuti ramai. Berbeza dengan Aifan yang berperwatakan lembut dan berhati sensitif. 

Peah sering membebel. Baginya ada saja benda tidak kena. Pak Ngah kepada Peah berjanji akan menolong Peah dengan menemukan Peah dengan Aifan. Peah dan Aifan telah disatukan selepas masing-masing tidak kisah untuk berkahwin dengan sesiapa pun.

Bagaimanapun kehidupan rumah tangga mereka tidak berjalan dengan normal dan sering bergolak kerana perbezaan karakter. Bahkan perkahwinan mereka turut menjadi bahan umpatan orang kampung. Namun satu peristiwa berlaku telah mengubah kehidupan mereka.

Saksikan pengkahiran kisah mereka dalam Telefilem Peah Singa pada hari Jumaat, 19 Mei 2023 pukul 8.30 malam di Slot Skrin di 9 TV9.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.